Netbook 12 jam!
Aku & isteri telah berkongsi 50-50 untuk beli netbook yang baru. Lebih ringan, beteri tahan lama dan kecil. Sebenarnya, dah nak sebulan dah pun guna netbook ni.
Ceritanya bermula, dengan tak semena-mena aku telah terjatuhkan laptop isteri terchenta semasa aku nak kemas-kemas laptop dia untuk aku guna masa presentation. Al-maklumlah, bateri laptop dell aku tu dah kong! Dan.. dengan sebab itu, pin power supply telah patah!
Mula-mula aku ingatkan tak ada apa-apa sebab boleh cucuk lagi kat tepi, tapi bila ON power, then baru aku perasan yang rupanya board yang menahan pin tu yang patah kat dalam! *huhu.. sadis.
Dari yang demikian, maka suatu hari, aku menemani isteri terchenta ke low yatt untuk mencari sesuatu. Dalam masa yang sama aku cuba untuk survey untuk repair pin power supply yang rosak itu. Disamping itu, aku pun nak check harga bateri laptop dell tu juge.
Rupa-rupanya, nak ganti pin power supply tu, kos dia RM180! Apakah..!?
Kos bateri dell pulak, RM290! Adoi lar..
Total = RM180 + RM290 = RM470
Lantas aku kata:
"Kalau topup lagi, dapat netbook baru!"
Isteri terchenta terus setuju dengan cadangan aku itu! Terus aku ajak dia survey netbook berpatutan. Aku pun teringat yang samsung ada keluar netbook baru, bateri 12jam! *impresif!
Dan, ini dia..
Samsung N150. Maksimum 12.5 jam! Separuh dari saiz laptop dell aku yang lama. Harga: RM1400.
Saiz yang lebih ringan untuk dibawak kemana-mana saja.
Tips Netbook: Jangka hayat bateri adalah penting. Bagi aku, 12 jam tu memang cukup bagus. Standard bateri laptop sekarang pun dalam lingkungan 3-4 jam sahaja. Letak extra, dapat 5-6 jam. Dengan 12 jam, aku tak berapa risau kalau nak surf kat bawah pokok atau pun di masjid klcc yang dah ada free wifi itu. *hehe
Ps: setakat ni, sangat lah berpuas hati dengan prestasi bateri tu.
Batu Asah: Dulu dan Sekarang
Hari ni, dah penuh seminggu isteri demam chicken pox. Sehingga khamis lepas, dah 12 biji kelapa muda aku belah. Nanti nak kena beli lagi. Lagipun, aku jugak yang tolong habiskan air kelapa muda tu semua. *hehe
Satu perkara bab nak membelah kelapa muda ni, parang / pisau mesti cepat tumpul selepas buat kerja-kerja tu semua. Oleh sebab tu jugak, aku beli batu asah seperti yang aku ceritakan dulu.
Sebelum tu, mengasah pisau dengan anak lesung batu aja. Old-Skool! *hahahaha
Korang tengok ni, sampai pecah anak lesung batu tu aku guna.
Banyak jugak jasa anak lesung batu tu. Dulu time aku sakit belakang lepas panjat Broga Hill, selama 3-4 hari jugak aku bakar anak lesung batu tu atas dapur gas, kemudian balut ngan towel dan letak kat tempat sakit. Ni, kira ala-ala tungku lah! *hahaha..
Tapi, seriously, lepas letak batu yang panas kat tempat yang sakit kat belakang aku, lega wei.. sakit pun berkurang! Tu lah penyebab anak lesung batu tu pecah, meletup kena bakar! *hahahaha
Sekarang, aku tak perlu guna anak lesung batu tu lagi untuk asah pisau, sebab aku dah pun beli batu asah yang khusus untuk kerja-kerja mengasah apa-apa yang patut di asah.
Batu asah baru, dengan pisau potong baru!
Bila time mengasah pisau, kadang -kadang aku teringat akan zaman aku kerja kebun dulu (ni bukan farmville tau!). Zaman aku sekolah menengah, aku selalu pergi ke kebun nenas bapak aku. Dan aku selalu lah menebas rumput yang panjang-panjang kat kebun tu.
Jadi, menebas menggunakan parang tu memang dah biasa sangat. Cuma sebelum menebas, mengasah parang adalah benda yang aku tak berapa gemar. Tapi lepas parang tu tajam syok jer pakai sebab semua rumput-rumput tu tewas di tangan aku! *wahahaha
Tips: Macam mana nak tau pisau / parang tu dah tajam lepas di asah dengan batu asah? Jawabnya, kena pegang mata pisau / parang tu. Dia kena rasa macam ada lekat-lekat sikit kat kulit jari. Kalau tak ada rasa macam lekat-lekat tu, meaning tak tajam lagi. Nak selamat, potong jer kat bawang ke, cili ke.. *hehehe
Ps: keadaan isteri terchenta masih belum memberansangkan. rasanya kena mc lagi seminggu tu.
Padah Kelapa Muda
Semenjak isteri terchenta demam akibat chicken pox sejak ahad lepas, maka aku simpan stok buah kelapa muda. Beli 4 biji=RM10. Sampai rumah baru kupas. Bukan tak nak kupas siap-siap kat kedai, tapi kalau kupas semua sekali 4 biji, nanti airnya tak syedap!
Kerja-kerja mengupas kelapa muda tidak lah sesusah mana. Ambil pisau/parang, kemudian belah saja! *hahaha
Akibat menggunakan pisau yang sungguh comel sayur untuk mengupas kelapa muda, hancus mata pisau tu!
Oleh yang demikian, untuk second batch kelapa muda yang aku beli malam semalam, aku siap beli pisau pemotong terus! *hahaha
Pisau pemotong. Tengok, berkilat sampai boleh buat cermin! Bukan setakat tu aja, aku siap belikan batu asah sekali! *impresif ooo...!
Ni lah aksi pisau pemotong secara close-up. Kena posing dulu sebelum buat kerja-kerja berat!
Rasanya, kupas kelapa muda ni agak simple kalau compare dengan kelapa yang dah tua/masak *ader eh masak?
Dulu time aku muda-muda belia zaman sekolah menengah, pernah panjat pokok kelapa setinggi pangsapuri 18 tingkat yang aku duduk sekarang. Zaman tu memang berani! Air kelapa muda punya pasal. *hahaha
Dah dapat kelapa muda, potong kat tampuk dia dan minum. Kelapa tua pulak, kupas kulit yang keras tu dan tinggalkan sikit sabut kat biji kelapa tu supaya boleh simpan lama. Kalo tak ada sabut, buah kelapa tu cepat expired. Kalau biar dengan kulit yang keras lagi bagus, boleh simpan kelapa sampai tumbuh terus! *hahaha
Lagi satu, kalau buah kelapa tua tu macam baru nak tumbuh dah keluar pucuk sikit dari biji kelapa, itu pun aku suka belah sebab nak ambik isi yang macam span (kat kampung aku gelar "tumbong") kat dalam biji kelapa tu. syedap. manis. *impresif eh
Ps: hm.. teringat pulak main boling padang guna buah kelapa muda kat sg kelah minggu lepas. *hehehe
PC Fair 2010: April & Mei
2 - 4 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Dewan 2010, Kangar, Perlis
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
8 - 10 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
9 - 11 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)
Penang International Sports Arena (PISA), Penang
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
16 - 18 APRIL 2010 (11:00am - 9:00pm)
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor
30 APRIL - 2 MAY 2010 (11:00am - 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
Permata Car Park, Kuching, Sarawak
Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah
7 - 9 MAY 2010 (11:00am - 9:00pm)
Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah
Ps: apa yang aku nak cari eh?
Air Kelapa Muda dan Chicken Pox
Semalam, selepas berteduh di Sri Tempua pada malam sebelumnya, dengan tak semena-mena ada sesuatu telah muncul di dagu isteri terchenta. Mula-mula ingatkan macam jerawat aja. Maka, buat tak kisah aja.
Menjelang malam, gelembung tu macam semakin banyak. Dan semakin merebak. Terus malam tu jugak ke klinik untuk jumpa doktor.
Dan, doktor telah mengesahkan itu adalah, chicken pox!
Gelembung yang asalnya satu, dah semakin banyak **gambar tangan aku melecur masa goreng ayam ni!
So, aku hari ni terpaksa ambil EL separuh hari.
Kelapa muda, kalau minum banyak, Insyallah semua virus-virus tu cepat keluar dan cepat sembuh.
Yang peliknya, banyak kedai-kedai biasa yang jual kelapa muda tutup. Lagi dahsyat, satu kedai yang kat tepi tapak pasar malam hari isnin dah roboh, a.k.a. tutup lah!
Ps: Esok nak kena cari kelapa lagi lah. Harap-harap isteri terchenta cepat sembuh.
Berteduh di Sri Tempua
Selepas aku melepak di masjid klcc dengan wifi unprotected tu, terus ambil isteri terchenta kat tempat biasa dia balik dari kerja. Dari situ, kitaorang melawat sogo untuk mencari seluar jean. Al-maklum la, Sogo kan tengah SALE sekarang sampai awal april nanti. Maka, haruslah orang macam semut jumpa gula. Semua seboks menggeledah barang-barang tu semua!
Dah setel isteri terchenta mencari seluar jean dia, maka kitaorang pun balik. Aku pun dah penat sebenarnya tolong mencari seluar jean tu.
On the way balik, lepas jer tol DUKE kat sentul, hujan pun turun dengan sepoi-sepoi bahasa, sampai la kat flyover, lebat tu! Dengan tak semena-mena, isteri terchenta ajak berteduh di rumah retna dari berteduh bawah flyover tu. **untuk makluman, kitaorang naik motor jer
Kebetulan si Retna pulak ada kat rumah, maka melepak la kitaorang kat rumah dia tu sampai la ke maghrib. Walhal hujan dah berhenti sejam yang lalu.. *hahaha
Terus mengajak dia untuk join makan malam. Dah alang-alang, ajak siapa-siapa yang terdekat. Misalnya, Chemat & Kak CT, Dilla. Tapi semua dah ada program masing-masing. So jalan ajer lah.
Ret bawak kitaorang makan kat Sri Tempua. Memang tempat ni ceruk sikit. Hanya orang yang bermastautin di taman pelangi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya aja yang tahu. *haha
Buku menu, klasik.
jemput makan semua..
aku pun jemput juge nih. *hehe
Moral of the story: Dah tau naik motor, singgah la rumah retna kalau hujan! *hahahaha
Free Wifi di Masjid KLCC
Hari ni aku kena jadi drebar, mengerah keringat, untuk menghantar isteri terchenta ke ofis pada hari cuti ini! Iyer.. isteri saya memang sungguh impresif.. hehe
Selepas hantar dia, so aku pun pusing-pusing dulu kat area Time Square, mencari kedai printing member aku yang kat area situ. Fuh, memang sungguh banyak kedai printing kat situ, merangkap kawasan kilang pun ada.
Lepas tu, aku pun plan nak ke startbuck klcc, sebab nak guna internet. Tapi aku sebelum tu aku duduk rehat-rehat kat pondok kat klcc park tu. Bukak laptop, then mula mencari network yang, kalau-kalau yang betul-betul open!
Dan, sungguh aku tak sangka, ada Wifi Masjd KLCC.
Well, since dia open dan tak protected, maka aku bersangka baik yang network tu adalah untuk public. So aku pun connect, dan yang best, ada pulak internet connection! Impresif untuk kali ke-2. *Mesti yang kata kat dalam hati, kalo dah ada wifi, ader la internet!* Erm.. tak semestinya.. hehe.
Dengan itu, aku pun mengupdate lah blog seperti yang korang baca sekarang nih.
Ps: agaknya, ni mesti idea ajk masjid, kalau nak buat masjid ramai orang, letak free public wifi supaya azan jer, semua orang terus pegi solat! impresif utk kali ke-3!
Sepasu Bunga Syiling
Ini adalah merupakan pasu bunga yang dibeli di cameron highland tahun lepas. Sebenarnya, pasu ni datang sekali dengan pokok bunga, tapi pokoknya sudah meninggal dunia! *kesian..
Daripada pasu tu terbiar, maka haruslah aku menggunakan sepenuhnya setiap ruangan yang ada dalam pasu tu dengan syiling-syiling.
Sepasu bunga syiling.
Aku memang tak berapa nak minat nak menjinjing syiling dalam poket seluar. Sebabnyer, setiap kali berjalan, korang dah tau sapa yang lalu! *cesss.. dah la opis tu sonyap dan sunyi macam lepas perang dunia ke-2!
Maka, setiap kali aku bawak balik syiling, aku letak dalam pasu bunga tu. Genap setahun, dah penuh dah pun!
Ps: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit banyak.














