PC Fair 2009 (November, Disember)
Nak beli apa eh?
25-27 November 2009 (11:00am - 9:00pm) Dewan Merdeka, Seri Manjung 27-29 November 2009 (11:00am - 9:00pm) Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang Alor Star Mall, Alor Star - NEW VENUE Terminal 1 Shopping Centre, Seremban 4-6 December 2009 (11:00am - 9:00pm) KL Convention Centre, Kuala Lumpur Penang International Sports Arena (PISA), Penang Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka - NEW VENUE 11-13 December 2009 (11:00am - 9:00pm) Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru LG Car Park Exhibition Hall, 1Borneo, Kota Kinabalu - NEW VENUE Dewan Suarah, Bintulu 8-10 January 2010 (11:00am - 9:00pm) Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - NEW DATE
Rasanya, jalan-jalan ajer la kot nanti.
Layang-Layang atas Astro
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan, pengunjung blog, dan sesiapa saja.
Apa yang korang buat di hari raya?
Since aku tak kemana-mana, so just duduk rumah. Lepak-lepak. Bersidai jer kat dalam rumah. Lepas sembahyang Jumaat, then aku pun ternampak sesuatu kat tingkap..
Bila aku jenguk, then rupa-rupanya sekawan burung layang-layang tengah berehat-rehat kat astro kat tepi tingkap. Ada yang lepak kat tingkap macam kat atas tu, kat kabel dan kat disc tu.
Lepas aku snap gambar kat atas tu, baru lah aku tau geng mana yang meninggalkan bahan-bahan toksik kat besi & kabel astro kat tepi tingkap tu.
So, apa yang korang buat di hari raya yang mulia ini?
Harga Perodua MPV: Alza
Ooh.. Perodua dah pun keluarkan MPV dia tu. Sekali imbas, macam MyVi yang ditarik menjadi panjang! *hehe

Tapi berapa harga dia yer?
| Perodua Alza 1.5L Standard M/T Solid – RM55,490 Metallic – RM55,990 S. Metallic – RM56,190 |
Perodua Alza 1.5L Standard A/T Solid – RM58,490 Metallic – RM58,990 S. Metallic – RM59,190 |
| Perodua Alza 1.5L Premium M/T Solid – RM60,490 Metallic – RM60,990 S. Metallic – RM61,190 |
Perodua Alza 1.5L Premium A/T Solid – RM63,490 Metallic – RM63,990 S. Metallic – RM64,190 |
P/s: Erm, Alza or Exora?
Msjbox Family Day: Cherating Holiday Camp 2009
Dulu, sebenarnya aku memang tak berapa minat sangat dengan aktiviti sebegini. Entah lah aku pun tak pasti kenapa, meby sebab tak ada kawan-kawan yang suka dengan aktiviti sebegini agaknya.
Kemudian, pada awal tahun 2008, masa tu si Shai nak buat aktiviti Msjbox kat luar KL (dan bermalam) buat pertama kali. Plan nak buat kat PD.
Nak duduk kat resort/hotel, tak mampu. So bincang-punya bincang, maka cara terbaik ialah camping. Masa tu, punya lah semangat, aku siap beli set camping baru dan pasang dalam rumah! Test power sikit! hehehe
Khemah aku! Kalis goyang lagi! *muahahaha
Semenjak dari itu, aku terus minat untuk camping. Save bajet satu hal, dan boleh pacak kat mana-mana pun satu hal, dan boleh guna untuk tempat tukar baju pun boleh jugak. Cuma aktiviti goyang-goyang khemah adalah terhad!
So, untuk tahun 2009, walaupun Msjbox jarang ada aktiviti camping, tapi aku sering bawak set camping tu kemana-mana. Letak jer dalam bonet kereta!
Untuk Msjbox Family Day, Lin dengan semangat waja telah mengajak untuk bercamping nun di Cherating. Aku pun teruja beb! hehe.. I love camping!
Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating. Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.
Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhad kepada pengguna Msjbox sahaja.
Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1M
Lokasi: Cherating Beach, Pahang.
Pengurus: Lin (014-310 3252)
Penasihat: Junaidix (013-242 8605)More Info: http://my.msjbox.com
Maka dengan itu, marilah kita beramai-ramai untuk bercamping! *hehe
Upin & Ipin: Video violation kat Youtube? Dan Animonsta.
Masa mula-mula aku tengok cerita ni, aku fikir:
Kalau cerita animasi buatan Malaysia, mesti tak syok sebab jalan cerita ntah apa-apa dan gambar sangkut-sangkut.
Tapi, since beberapa ketika sebelum "Geng Movie" keluar, aku tergerak nak tengok episod dia yang pendek-pendek kat youtube. Aku memang suka tengok animasi. Cerita Shrek aku tengok, dan pelbagai spesis animasi dari Pixar aku tengok. Dan since ni kira 1st full 3D animation dari Malaysia, so aku plan nak tengok.
So, aku tengok trailer dia kat youtube. Then lepas tu aku tengok pulak episod U&I. Then aku terus suka. hehe. Terasa macam kanak-kanak riang ria jer.
Tapi, baru-baru ni, aku nak jugak la tengok episod yang lepas-lepas. Menurut blog LCP, boleh tengok kat website rasmi upin & ipin. So aku pun bukak, then..

Apakah erti semua ini? Dah tak ada orang jaga lagi ke?
Episod rasmi yang di host di Youtube telah di remove sebab copyright? Bukan ke LCP sendiri yang upload kat youtube? Sungguh la aneh.
Maka, aku pun baca lah previous entry kat blog LCP dan jumpa artikel "LCPSB Tidak bersaing dengan Animosta". Animosta? Siapa itu animonsta? Lawyer? Majistret?
So aku pun meneruskan siasatan selanjutnya di Google, Facebook dan segala macam sumber online yang aku rasa boleh dipercayai. Dan fakta nya ialah:
Team asal yang create watak Upin & Ipin telah meninggalkan LCP dan menubuhkan syarikat Animonsta.
Memang susah sikit nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Nizam & Friends, dah tinggalkan "anak-anak" Upin & Ipin untuk BoBoiBoy. Berbelit lidah aku nak sebut.

Produk sulung kami ialah BoBoiBoy; kisah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang mendapat superpower untuk menentang penaklukan makhluk asing yang datang je bumi untuk menguasi bijirin kopi. Kisahnya bermula apabila makhluk asing berkepala kotak menghantar reconnya untuk mengumpul bahan-bahan yang terdapat di bumi. Salah satu bahan yang mereka kumpulkan ialah bijirin kopi yang dibawa semula ke dunia mereka untuk diuji. Di dalam sesi ujian, saintis mahkhluk asing tersebut termakan bijiran kopi dan mendapati ianya sangat enak dan luar biasa. Dia melaporkan apa yang telah didapatinya kepada maharajanya. Selepas merasai sendiri kehebatan bijian kopi itu, maharaja itu menjadi taksub dan segera memerintahkan bahtera angkasa disediakan untuk terus ke bumi bersama seluruh koloninya.
Ok, itu lah al-kesah kenapa Upin & Ipin dah kena "violated" kat Youtube, walaupun LCP sendiri yang upload. Apapun, aku kagum dengan semangat Nizam & Friends yang sanggup untuk bermula dari awal seperti mereka berbula 4 tahun yang lepas.
Kisah benar:
Masa aku ke Serdang suatu ketika dalam lingkungan tahun 2004 (rasanya), aku jumpa kawan lama (Malek, kat mana ko sekarang ni?) masa kerja kat satu company komputer. Tapi masa aku jumpa dia, kompeni tu kira nyawa-nyawa ikan lah sebab ada krisis dalaman. Sembang panjang jugak lah.
Then dia cerita yang dia di approach (lebih kurang la) untuk bikin cerita kanak-kanak "Upin & Ipin". Aku ingat sebab Ipin tu nama member study/housemate dulu. Dan masa tu time dia sebut nama company tu "Last Kopek". Aku rasa nak golek-golek gelak. Tapi dia kata, kompeni tu still nak mencari funding untuk tampung kos pembikinan. Dia pun berbelah-bagi nak join ke tak. (Weh, malek.. ko jadi ke join tu? Aku tak nampak pulak muka ko dalam gambar profile LCP tu sekarang.. hehe..)
Fast forward ke 2008, bila aku dengar pasa Upin & Ipin kat TV9:
Macam pernah dengar Upin & Ipin, tapi di mana yer?
Apapun, aku ucapkan syabas kepada Nizam & Friends sebab buat cerita yang best macam Upin & Ipin (w/pun aku gelak golek-golek bila first time sebut nama former kompeni Last Kopek tu). Dan aku harap Boboiboy yang korang bakal hasilkan sama best dan lebih best jalan cerita dengan Upin & Ipin.
p/s: panjang pulak aku ber-story nih.
Check & Bayar saman online guna MyEG
Semasa aku balik dari berendam di Pangkor, aku telah mendapat surat chenta saman dari pak polisi kerana telah berjaya menangkap aku semasa mengelak memotong kereta kat double line.
Dan, lebih tak best, bulan ni jugak insuran & roadtax kereta meninggal dunia mati. Maka, aku kena setelkan dengan cepat & pantas saman aku tu.
Ada beberapa website yang boleh diguna untuk check saman online dan bayar sekali:
So, aku pilih MyEG sebab dia agak femes sikit dari Rilek tu. Jom aku tunjukkan cara-caranya:
1) Register - Kena kena isi form yang panjang berjela-jela dulu.

2) Check - Klik pada PDRM, dan masukkan No IC.

Klik pada logo PDRM. Dan letak No Ic.

3) Bayar - gune FPX.

Sebenarnya aku nak tunjuk step by step, tapi sebenarnya aku dah buat dulu minggu lepas sebelum aku buat entry ini. So, itu sahaja yang dapat aku ceritakan.
Nota Kaki: Untuk proses bayaran ni memang susah sikit, sebab masa aku bayar ada masalah sebab lepas aku transfer payment, sistem dia tak print resit rasti PDRM! So aku kena la pulak contact customer service, then nak kena email no rujukan FPX tu. Leceh tul!
Rumah Anak Yatim Sekendi
Semalam, pagi-pagi sudah bangun awal sebab nak ke Sg Besar. Tempat ni lah yang aku temankan isteri terchenta surveyminggu lepas dan seterusnya terlajak ke pulau pangkor.

Rumah anak-anak yatim Kg Sekendi. 70 orang anak-anak yatim di bawah jagaan Ustaz Halimi.

Ustaz Halimi, beliau memang tegas dan cekal, walaupun uzur, tetap meneruskan usaha menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Aku hanya tolong setakat yang terdaya. Lantai di bilik anak-anak ni, yang lelaki terutamanya, basuh/sental 2-3 kali pun tak hilang-hilang kotoran degil kat atas lantai tu.
Since aku ni menempel aja kat aktviti korporat anjuran PGB, so lain-lain aktiviti aku ialah ambik gambar.




Kat atas tu adalah sebahagian dari gambar-gambar yang aku ambil. Banyak lagi sebenyarnya, tapi aku rasa cukup la kot untuk tatapan korang semua.

Isteri tengah menjadi emceeee.. hehe

Sebenarnya, aku pun baru tau, menunggu serta memberi tunjuk arah kepada rakan-rakan staff supaya tidak sesat ke tempat berkumpul juga merupakan sebahagian dari job emcee rupanya.. hehe.
Happy Birthday
Aku sampai kat rumah Shai malam tadi dalam lingkungan 10.11pm dan balik juga dalam lingkungan 11.11pm. Hujan sepanjang perjalanan dari Sabak Bernam ke Gombak, kemudian terus ke Ukay Perdana.

To Shai, Happy Birthday. Moga panjang umur, murah rezeki, cepat kawen. Katil dah beli dah tu.
Kepada kenkawan yang datang awal, Lin + Family, CM + CT, minta maaf banyak2 sebab tak sempat nak jumpa kalian semua sebab aku still kat sg panjang time tu. Melawat kawan lama kat area situ.
Pangkor Seagull Review
Sebenarnya, aku jarang jugak nak review tempat-tempat yang aku pernah lepak untuk cuti-cuti. Tapi kali ini, disebabkan acara menghabiskan duit ini adalah tidak dirancang, maka haruslah mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelamatkan poket aku sempena percutian terkejut ini pada hujung minggu yg lalu.
Alkesah, cerita bermula dengan melawat tempat CSR kompeni tempat isteri terchenta kat Kuala Selangor. Program CSR tu hujung minggu ini, jatuh pada 14 Nov ini. Dah alang-alang, terus melajak ke Pangkor.
Mula-mula, memang tak nak bermalam. Tapi oleh sebab pukul 4pm baru sampai kat Lumut, maka plan sudah bertukar menjadi bermalam. Haruslah membuat booking on-the-spot untuk bilik.
Lastly, telefon Seagull. Dia kata ada bilik kosong. RM50/malam. Since dah lewat, kitaorang pun hentam sajalah. Ingatkan nak pacak khemah, tapi oleh sebab ada ahli keluarga yang lain, farah & kawan, maka haruslah cari bilik. Lokasi resort ni, memang betul-betul kat teluk nipah tu.

Why pay more? *macam Airasia pulak*
Since harga pun RM50, so expectation tu memang kena downgrade! Jangan nak mengada-ngada nak ada full facility macam crowne plaza! :p

Tengok area reception, hmm.. macam ok..

Lepas ambik kunci, kena ikut jalan belakang.. aaah..! sudah..

Jalan lagi sikit, jeng.. jeng.. jeng! Dalam hutan tu.. hutan rimba menghijau..

Ni lah rupa tempat untuk aku bermalam.. asalkan boleh tido.. udah ler..

Ok.. ok.. cukuplah sekadar aku tunjuk dari luaran sahaja..
Aktiviti biasa, kalau dah sampai kat Pangkor ialah berenang, tengok ikan dan snorkeling. Aktiviti berat tidak boleh dilakukan disini, nanti jiran sebelah rakam!
Kali ini, dah kali ke-3 aku ke pangkor. Gambar pun snap beberapa keping sahaja. Tapi tak apa lah. Dalam perjalan pulang aku telah mendapat "surat chenta" dari Pak Polisi! *Sungguh sadis hati ini!*
p/s: konon nak jimat time cuti terkejut, lain pulak jadinya. Rabak gak poket ini.
Compress javascript dengan Closure Compiler
Biasanya kalau menulis aku program dalam javascript, aku akan terus pakai jer. Tak berapa nak tahu sangat yang kod javascript tu boleh pulak di compress supaya menjadi lebih ringan dan sekaligus cepat loading.
Semalam, semasa membaca news kat bahagian teknologi, aku terserempak dengan satu artikel berkenaan dengan cara-cara untuk mempercepatkan loading kod javascript. Dari situ, ada satu tool yang sangat mudah nak digunakan untuk compress kod javascript, iaitu Closure Compiler.

Tahap keberkesanan compress oleh compiler ni boleh dikatakan ok. Misalnya, kod asal 50KB, kalau di compress boleh menjadi sekecil 25KB! Impresif!
Bila kita compress, dia akan:
- buang segala whitespace & komen
- tukar variable name yang panjang menjadi satu huruf, misalnya, "var Data" jadi "var a"
Aku tak pasti kalau-kalau ada compiler lain yang ada kat internet yang juga boleh compress macam ini. So, kalau korang ada, share-share lah yer
