Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

26Feb/102

Sama tak serupa

"Saper yang snap gambar aku nih?"

  • Share/Bookmark
Tagged as: 2 Comments
25Feb/100

80 sen

Entah macam mana, aku boleh pulak berkata macam ini tadi:

"Lagi 80 sen minggu depan lah yer, terlupa nak withdraw duit pulak!"

Kalau nak di ikutkan, memang sungguh la tak berpatutan situasi ni berlaku.. tapi tetap berlaku juga sebab lepas parking motor terus ke warung. Lansung tak teringat dalam dompet ada rm4 saja! *hehe

Nasib lah aku memang selalu makan kat warung tu, so kira boleh "kaw-tim" lah kata orang..

Ps: pasu bunga kat rumah dah penuh dengan syiling!

  • Share/Bookmark
Tagged as: No Comments
24Feb/100

Dulu dan Sekarang

Teringat zaman-zaman beli software kat imbi plaza.. pilih-pilih.. carik yang "original copy" sebab bila install kat pc semuanya ok. Macam-macam software ada, dari Office sampai lah ke PC Driver nyer CD. Memang bersepah kat imbi plaza tu.

Sekarang, zaman dah berubah, kalo nak cari cd yang "original copy" macam tu dah susah nak carik kat area imbi atau pun lowyatt. Unless kat kawasan-kawasan luar dari KL, memang ada lagi rasanya kedai-kedai cd "original copy" macam tu.

Zaman dulu-dulu jugak, harga software yang original memang mahal nak mampos! Memang tak berbaloi-baloi. Sekeping office original RM1K lebih. Compare dengan "original copy" just RM5 saja!

Dan, hari ini rasanya dalam sejarah. Isteri terchenta telah membeli office 2007 home & student editition. Harga: RM165 untuk 3 users.

Office 2007 Home: Word, Excel, Powerpoint.

Salah satu semangat yang menyebabkan dia bersemangat waja untuk beli original sebab dekat pejabat guna office 2007. Dan bila balik rumah guna office 2003 saja. Dah nak kena convert file ke version 2003. leceh kot.

Ps: apakah itu OneNote 2007? hm..

  • Share/Bookmark
18Feb/100

Genap sebulan

ok, dah genap sebulan aku tak update blog! hidup memang agak huru-dan-hara sejak 2-3 menjak ni. ni semua gara-gara keja2 kat opis tu terbawak2 ke rumah sebab nak kena tunjuk kat client (a.k.a presentation)

ok, sajer upload gambar air terjun kasi sejuk sikit.

ps: nanti la update lagi.

  • Share/Bookmark
Tagged as: No Comments
19Jan/101

Mendaki Broga Hill

Dengan tak semena-mena, isteri terchenta mengajak hiking kat Broga Hill. Kat area semenyih tu. So, dengan tak semena-mena jugak mengajak CM&CT. Terus semangat waja.

Muka ceria, semangat nak mendaki!

Jam 5.30pg, keluar rumah then jumpa CM&CT kat stesen shell lepas zoo tu. then terus bertolak ke Broga. 2 tol jugak la kena lalu.

adeih.. ambik nafas.. nyawa.. nyawa! hehe..

Mesti korang perasan, sepanjang perjalanan naik, lansung tak ada gambar kan? hahaha.. memang tak larat nak amik gambar semasa berjalan naik bukit! Beg sekilo, terasa macam 5 kilo pulak! *hehe

Sunrise, sempat jugak la aku snap. Ni time tengah berehat kat tepi-tepi laluan naik. CM&CT dah sampai kot kat atas, tapi nak pegang kamera pun tak larat :P

Menyambung naik puncak yang lagi satu.

macam ku kenal teknik lompatan ini, tapi di mana ya? *hehe

nak jugak tu lompat-lompat!

hm.. nak naik lagi ke tak ni eh?

perjalanan turun.. curam jugak ooo...

kena lalu celah batu lak tu..

akhirnya, selamat sudah. then masing-masing beli air 100plus! hahaha.. mau tak nya, pegi panjat bukit tinggi-tinggi, tapi tak bawak energy drink..

ok, bergambar dulu dengan penanda jalan.. sajer jer.. kasi nostalgia sket..  hehe

p/s: header pun dah Broga Hill tu.

  • Share/Bookmark
Tagged as: , 1 Comment
13Jan/101

Layang-layang terbang tinggi

Suatu petang, Ahad lepas, isteri terchenta dengan tak semena-mena mengajak bermain layang-layang. Since hari itu agak baik dan berangin, so aku pun bersetuju dengan aktiviti sebegitu.

Nak main layang-layang, kena beli dulu layang-layang kat tepi jalan. Satu, RM8. Sajer beli yang murah. Nak main pun, bukan selalu. So, ok lah.

Dah pasang, ikat tali, so kena tunggu dulu supaya ada sikit angin. Kat tasek kepong ni, tengok keadaan jugak. Angin kejap ada, kejap pulak tak ada. Layang-layang yang dah terbang tinggi pun boleh turun balik..

Naik.. naik.. naik..

Berlari-lari anak.. angin tak ader lak ni..

Woah.. akhirnya.. naik tinggi-tinggi lagi! hehe..

Tapi aku rasa sekejap jer layang-layang terbang tinggi macam tu. Dalam 3o minit jer, then angin dah abes. Maka, turun lah layang-layang tu semula.

  • Share/Bookmark
Filed under: Photograhy 1 Comment
10Jan/102

Jagung Bakar Black Pepper (guna dapur gas)

Ini adalah akviti susulan selepas aktivi camping yang lepas. Walaupun aku dah bakar banyak jagung, tapi aku dapat makan satu jer. Yang lain, semua orang makan.

Maka, since ada beli jagung yang fresh semasa balik dari kenduri kat Sabak Bernam, dan haruslah membakar. Mula-mula nak bakar guna oven, tapi last2 guna dapur gas aja! hehe..

Bakar.. bakar.. bakar..

bakar baik punya.. macam guna arang kayu!

Dah pun siap untuk dimakan! hehe..

Mesti korang fikir, kalau dah bakar guna dapur gas, mesti ada rasa gas.. tapi sebenarnya tak ada pun, sebab kitaorang dah letak Black Pepper untuk kasi "Uuumph!" *hehe..

Kalau korang tak percaya, try la bakar jagung then letak black pepper!

  • Share/Bookmark
Tagged as: 2 Comments
29Dec/090

Nanas Bakar dan Camping yang floating


Ini adalah first time aku makan nanas bakar! *sila abaikan tangan yang hitam tu*

Walaupun kat kampung nun di sarawak ada kebun nanas, terasa pelik bila tengok diaorang ni buat experimen membakar nanas dengan butter. Macam buat jagung bakar la pulak.

Acara memakan nanas bakar tu adalah sebahagian dari aktiviti Msjbox Holiday Camp 2009 di Cherating minggu lepas. Kali ni memang mencabar sungguh bercamping!

Tengok tu, khemah aku betul-betul kat atas tasek buatan! Ini adalah kesan dari pembalakan alam sekitar dan perubahan suhu iklim dunia.

Mula-mula hujan turun dengan lebat. Kemudian hujan berhenti. Tak lama kemudian, hujan turun lagi dengan lebatnya. Tapi aku masih syok lagi layan tido dengan hujan yang lebat tu.

Dan, aku mula terasa macam lantai khemah tu macam menggelembung naik. Aku tekan-tekan, oooh.. air rupanya kat bawah khemah. Hujan semakin lebat dan berterusan.

Akhirnya, khemah aku telah dimasuki air dan aku terpaksa abandon khemah tu. Al-kesah, tak nak la nak lari sebab boleh duduk lagi kalau tak masuk air, tapi malangnya... hmmm.. lari ajer lah..

Tengok tu, sampai buku lali tu.. punya la dalam tasek tu..

erm.. bukan aku sorang jer yang abandon khemah tu.. siap lipat tikar lagi *hehe

Siang, semua orang melawat khemah masing-masing. Khemah aku dah dippindahkan ke tempat lebih selamat daripada hanyut ke tengah laut! hehe..

Apapun, aku tak rasa serik pun nak bercamping. Next time, nak lagi bercamping cuma tapak kena kat atas kawasan daratan sikit.

Sebelum balik, kita lompat dulu!

Full Album: Msjbox Holiday Camp 2009

  • Share/Bookmark
19Dec/090

Bila lampu siling sudah hangus

Dah seminggu rasanya lampu siling jenis bulat tu hangus. Ada dua lampu, kedua-dua hangus dalam minggu yang sama! hampes tul. Maka, untuk solution jangka masa pendek, maka terpaksa guna lampu hiasan yang ada.

p/s: Aku rasa lama dah lampu tu kat rumah, tapi sekarang baru guna bersungguh-sungguh. hehe

  • Share/Bookmark
Filed under: Impresif No Comments
15Dec/094

3rd Anniversary

Sejam selepas akad nikah..
kenduri

Setahun kemudian..

2 Tahun kemudian..

3 tahun kemudian..
SNC00327

Selamat ulangtahun ke-3 untuk kita bersama.

  • Share/Bookmark
Filed under: Impresif 4 Comments