Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

1Nov/0912

Pasang WiFi untuk Streamyx

Dulu time subscribe streamyx 1 tahun yang lepas, memang tak nak wifi sebab masa tu fikir tak ada keperluan lagi. Tapi sekarang ini, memang perlu. Maka semalam aku ajak isteri terchenta berjalan-jalan di low yatt untuk mencari wifi modem router.

Aku bajet nak beli yang murah-murah saja dalam lingkungan seratus lebih. Sampai jer tingkat 3, terus ke keday cycom sebab biasanya situ agak murah.

Mula-mula aku tengok brand Aztech. RM135. 1 Tahun warranty. Penat gak mintak diskaun, tapi tak dapat. Tak apa, pegi ke kedai lain. Banyak jugak la kedai yang kitaorang tawaf.

Last-last, aku setel dengan membeli modem router ZyXel. RM164. 3 Tahun, On-Site, 1-to-1 exchange warantty. Ni untuk kes kalau la kena panah petir, aku boleh dapat modem baru. Impresif tu.

Modem Wifi Router

RM164, 3Tahun warranty, On-site 1-to-1 exchange.

Ok, sekarang masa untuk install wifi tu.

Untuk first time, memang kena guna kabel (diberi dalam kotak) untuk kerja-kerja setting. Mula-mula aku memang elok aja guna CD yang dia kasi, tapi last-last aku terpaksa guna setting kat menu admin dia sebab CD dia tu hampeh. Ada ke password streamyx yang aku kasi tu dia kata tak betul! huh!

Ok, jom aku tunjuk cara-caranya:

1) Login ke Admin. Gune Firefox/IE, taip alamat http://192.168.1.1 (ini adalah alamat standard utk modem jenis router)

admin screen

Kat skrin ni, korang masukkan password. Biasanya password yang default adalah "1234". Korang boleh tukar kat dalam admin tu nanti. Lepas korang login, sila pilih "Advance".

2) Setting streamyx internet connection

streamyx

Dalam admin, klik kat menu WAN. Lepas tu korang pilih la:

  • Name: Internet
  • Mode: Routing
  • Encapsulation: PPoE
  • Username: Username yang streanyx kasi
  • Password: password streamyx korang

Yang lain-lain tu korang biarkan default setting. Then klik button "Apply". Lepas beberapa minit, korang dah boleh guna internet kat pc, tapi wifi belum jalan lagi.

3) Setting untuk Wifi, klik pada menu "Wireless LAN"

wifi setting

Korang setting:

  • Tick "Active Wireless LAN"
  • SSID, korang letak la nama network korang, misalnya: Wifi Rumah aku.
  • Security Mode: WEP
  • Passphrase: ni korang taruk jer
  • WEP Key: ini adalah key untuk connection nanti. dalam gambar tu contoh ajer.

Dah siap. Selebihnya hanya untuk detect wifi dari laptop dan masukkan WEP Key. Sekarang aku boleh guna internet kat mana-mana dalam rumah guna laptop dan juga henpon!

  • Share/Bookmark
Tagged as: , 12 Comments