Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

16Mar/103

Netbook 12 jam!

Aku & isteri telah berkongsi 50-50 untuk beli netbook yang baru. Lebih ringan, beteri tahan lama dan kecil. Sebenarnya, dah nak sebulan dah pun guna netbook ni.

Ceritanya bermula, dengan tak semena-mena aku telah terjatuhkan laptop isteri terchenta semasa aku nak kemas-kemas laptop dia untuk aku guna masa presentation. Al-maklumlah, bateri laptop dell aku tu dah kong! Dan.. dengan sebab itu, pin power supply telah patah!

Mula-mula aku ingatkan tak ada apa-apa sebab boleh cucuk lagi kat tepi, tapi bila ON power, then baru aku perasan yang rupanya board yang menahan pin tu yang patah kat dalam! *huhu.. sadis.

Dari yang demikian, maka suatu hari, aku menemani isteri terchenta ke low yatt untuk mencari sesuatu. Dalam masa yang sama aku cuba untuk survey untuk repair pin power supply yang rosak itu. Disamping itu, aku pun nak check harga bateri laptop dell tu juge.

Rupa-rupanya, nak ganti pin power supply tu, kos dia RM180! Apakah..!?

Kos bateri dell pulak, RM290! Adoi lar..

Total = RM180 + RM290 = RM470

Lantas aku kata:

"Kalau topup lagi, dapat netbook baru!"

Isteri terchenta terus setuju dengan cadangan aku itu! Terus aku ajak dia survey netbook berpatutan. Aku pun teringat yang samsung ada keluar netbook baru, bateri 12jam! *impresif!

Dan, ini dia..

Samsung N150. Maksimum 12.5 jam! Separuh dari saiz laptop dell aku yang lama. Harga: RM1400.

Saiz yang lebih ringan untuk dibawak kemana-mana saja.

Tips Netbook: Jangka hayat bateri adalah penting. Bagi aku, 12 jam tu memang cukup bagus. Standard bateri laptop sekarang pun dalam lingkungan 3-4 jam sahaja. Letak extra, dapat 5-6 jam. Dengan 12 jam, aku tak berapa risau kalau nak surf kat bawah pokok atau pun di masjid klcc yang dah ada free wifi itu. *hehe

Ps: setakat ni, sangat lah berpuas hati dengan prestasi bateri tu.

  • Share/Bookmark
Tagged as: , 3 Comments