Nanas Bakar dan Camping yang floating
Ini adalah first time aku makan nanas bakar! *sila abaikan tangan yang hitam tu*
Walaupun kat kampung nun di sarawak ada kebun nanas, terasa pelik bila tengok diaorang ni buat experimen membakar nanas dengan butter. Macam buat jagung bakar la pulak.
Acara memakan nanas bakar tu adalah sebahagian dari aktiviti Msjbox Holiday Camp 2009 di Cherating minggu lepas. Kali ni memang mencabar sungguh bercamping!
Tengok tu, khemah aku betul-betul kat atas tasek buatan! Ini adalah kesan dari pembalakan alam sekitar dan perubahan suhu iklim dunia.
Mula-mula hujan turun dengan lebat. Kemudian hujan berhenti. Tak lama kemudian, hujan turun lagi dengan lebatnya. Tapi aku masih syok lagi layan tido dengan hujan yang lebat tu.
Dan, aku mula terasa macam lantai khemah tu macam menggelembung naik. Aku tekan-tekan, oooh.. air rupanya kat bawah khemah. Hujan semakin lebat dan berterusan.
Akhirnya, khemah aku telah dimasuki air dan aku terpaksa abandon khemah tu. Al-kesah, tak nak la nak lari sebab boleh duduk lagi kalau tak masuk air, tapi malangnya... hmmm.. lari ajer lah..
Tengok tu, sampai buku lali tu.. punya la dalam tasek tu..
erm.. bukan aku sorang jer yang abandon khemah tu.. siap lipat tikar lagi *hehe
Siang, semua orang melawat khemah masing-masing. Khemah aku dah dippindahkan ke tempat lebih selamat daripada hanyut ke tengah laut! hehe..
Apapun, aku tak rasa serik pun nak bercamping. Next time, nak lagi bercamping cuma tapak kena kat atas kawasan daratan sikit.
Sebelum balik, kita lompat dulu!
Full Album: Msjbox Holiday Camp 2009
Msjbox Family Day: Cherating Holiday Camp 2009
Dulu, sebenarnya aku memang tak berapa minat sangat dengan aktiviti sebegini. Entah lah aku pun tak pasti kenapa, meby sebab tak ada kawan-kawan yang suka dengan aktiviti sebegini agaknya.
Kemudian, pada awal tahun 2008, masa tu si Shai nak buat aktiviti Msjbox kat luar KL (dan bermalam) buat pertama kali. Plan nak buat kat PD.
Nak duduk kat resort/hotel, tak mampu. So bincang-punya bincang, maka cara terbaik ialah camping. Masa tu, punya lah semangat, aku siap beli set camping baru dan pasang dalam rumah! Test power sikit! hehehe
Khemah aku! Kalis goyang lagi! *muahahaha
Semenjak dari itu, aku terus minat untuk camping. Save bajet satu hal, dan boleh pacak kat mana-mana pun satu hal, dan boleh guna untuk tempat tukar baju pun boleh jugak. Cuma aktiviti goyang-goyang khemah adalah terhad!
So, untuk tahun 2009, walaupun Msjbox jarang ada aktiviti camping, tapi aku sering bawak set camping tu kemana-mana. Letak jer dalam bonet kereta!
Untuk Msjbox Family Day, Lin dengan semangat waja telah mengajak untuk bercamping nun di Cherating. Aku pun teruja beb! hehe.. I love camping!
Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating. Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.
Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhad kepada pengguna Msjbox sahaja.
Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1M
Lokasi: Cherating Beach, Pahang.
Pengurus: Lin (014-310 3252)
Penasihat: Junaidix (013-242 8605)More Info: http://my.msjbox.com
Maka dengan itu, marilah kita beramai-ramai untuk bercamping! *hehe
