Padah Kelapa Muda
Semenjak isteri terchenta demam akibat chicken pox sejak ahad lepas, maka aku simpan stok buah kelapa muda. Beli 4 biji=RM10. Sampai rumah baru kupas. Bukan tak nak kupas siap-siap kat kedai, tapi kalau kupas semua sekali 4 biji, nanti airnya tak syedap!
Kerja-kerja mengupas kelapa muda tidak lah sesusah mana. Ambil pisau/parang, kemudian belah saja! *hahaha
Akibat menggunakan pisau yang sungguh comel sayur untuk mengupas kelapa muda, hancus mata pisau tu!
Oleh yang demikian, untuk second batch kelapa muda yang aku beli malam semalam, aku siap beli pisau pemotong terus! *hahaha
Pisau pemotong. Tengok, berkilat sampai boleh buat cermin! Bukan setakat tu aja, aku siap belikan batu asah sekali! *impresif ooo...!
Ni lah aksi pisau pemotong secara close-up. Kena posing dulu sebelum buat kerja-kerja berat!
Rasanya, kupas kelapa muda ni agak simple kalau compare dengan kelapa yang dah tua/masak *ader eh masak?
Dulu time aku muda-muda belia zaman sekolah menengah, pernah panjat pokok kelapa setinggi pangsapuri 18 tingkat yang aku duduk sekarang. Zaman tu memang berani! Air kelapa muda punya pasal. *hahaha
Dah dapat kelapa muda, potong kat tampuk dia dan minum. Kelapa tua pulak, kupas kulit yang keras tu dan tinggalkan sikit sabut kat biji kelapa tu supaya boleh simpan lama. Kalo tak ada sabut, buah kelapa tu cepat expired. Kalau biar dengan kulit yang keras lagi bagus, boleh simpan kelapa sampai tumbuh terus! *hahaha
Lagi satu, kalau buah kelapa tua tu macam baru nak tumbuh dah keluar pucuk sikit dari biji kelapa, itu pun aku suka belah sebab nak ambik isi yang macam span (kat kampung aku gelar "tumbong") kat dalam biji kelapa tu. syedap. manis. *impresif eh
Ps: hm.. teringat pulak main boling padang guna buah kelapa muda kat sg kelah minggu lepas. *hehehe
Air Kelapa Muda dan Chicken Pox
Semalam, selepas berteduh di Sri Tempua pada malam sebelumnya, dengan tak semena-mena ada sesuatu telah muncul di dagu isteri terchenta. Mula-mula ingatkan macam jerawat aja. Maka, buat tak kisah aja.
Menjelang malam, gelembung tu macam semakin banyak. Dan semakin merebak. Terus malam tu jugak ke klinik untuk jumpa doktor.
Dan, doktor telah mengesahkan itu adalah, chicken pox!
Gelembung yang asalnya satu, dah semakin banyak **gambar tangan aku melecur masa goreng ayam ni!
So, aku hari ni terpaksa ambil EL separuh hari.
Kelapa muda, kalau minum banyak, Insyallah semua virus-virus tu cepat keluar dan cepat sembuh.
Yang peliknya, banyak kedai-kedai biasa yang jual kelapa muda tutup. Lagi dahsyat, satu kedai yang kat tepi tapak pasar malam hari isnin dah roboh, a.k.a. tutup lah!
Ps: Esok nak kena cari kelapa lagi lah. Harap-harap isteri terchenta cepat sembuh.




