Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

7Nov/090

Compress javascript dengan Closure Compiler

Biasanya kalau menulis aku program dalam javascript, aku akan terus pakai jer. Tak berapa nak tahu sangat yang kod javascript tu boleh pulak di compress supaya menjadi lebih ringan dan sekaligus cepat loading.

Semalam, semasa membaca news kat bahagian teknologi, aku terserempak dengan satu artikel berkenaan dengan cara-cara untuk mempercepatkan loading kod javascript. Dari situ, ada satu tool yang sangat mudah nak digunakan untuk compress kod javascript, iaitu Closure Compiler.

Tahap keberkesanan compress oleh compiler ni boleh dikatakan ok. Misalnya, kod asal 50KB, kalau di compress boleh menjadi sekecil 25KB! Impresif!

Bila kita compress, dia akan:

  • buang segala whitespace & komen
  • tukar variable name yang panjang menjadi satu huruf, misalnya, "var Data" jadi "var a"

Aku tak pasti kalau-kalau ada compiler lain yang ada kat internet yang juga boleh compress macam ini. So, kalau korang ada, share-share lah yer :)

  • Share/Bookmark