Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

8Mar/102

Air Kelapa Muda dan Chicken Pox

Semalam, selepas berteduh di Sri Tempua pada malam sebelumnya, dengan tak semena-mena ada sesuatu telah muncul di dagu isteri terchenta. Mula-mula ingatkan macam jerawat aja. Maka, buat tak kisah aja.

Menjelang malam, gelembung tu macam semakin banyak. Dan semakin merebak. Terus malam tu jugak ke klinik untuk jumpa doktor.

Dan, doktor telah mengesahkan itu adalah, chicken pox!

Gelembung yang asalnya satu, dah semakin banyak **gambar tangan aku melecur masa goreng ayam ni!

So, aku hari ni terpaksa ambil EL separuh hari.

Kelapa muda, kalau minum banyak, Insyallah semua virus-virus tu cepat keluar dan cepat sembuh.

Yang peliknya, banyak kedai-kedai biasa yang jual kelapa muda tutup. Lagi dahsyat, satu kedai yang kat tepi tapak pasar malam hari isnin dah roboh, a.k.a. tutup lah!

Ps: Esok nak kena cari kelapa lagi lah. Harap-harap isteri terchenta cepat sembuh.

  • Share/Bookmark