Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

14Mar/101

Batu Asah: Dulu dan Sekarang

Hari ni, dah penuh seminggu isteri demam chicken pox. Sehingga khamis lepas, dah 12 biji kelapa muda aku belah. Nanti nak kena beli lagi. Lagipun, aku jugak yang tolong habiskan air kelapa muda tu semua. *hehe

Satu perkara bab nak membelah kelapa muda ni, parang / pisau mesti cepat tumpul selepas buat kerja-kerja tu semua. Oleh sebab tu jugak, aku beli batu asah seperti yang aku ceritakan dulu.

Sebelum tu, mengasah pisau dengan anak lesung batu aja. Old-Skool! *hahahaha

Korang tengok ni, sampai pecah anak lesung batu tu aku guna.

Banyak jugak jasa anak lesung batu tu. Dulu time aku sakit belakang lepas panjat Broga Hill, selama 3-4 hari jugak aku bakar anak lesung batu tu atas dapur gas, kemudian balut ngan towel dan letak kat tempat sakit. Ni, kira ala-ala tungku lah! *hahaha..

Tapi, seriously, lepas letak batu yang panas kat tempat yang sakit kat belakang aku, lega wei.. sakit pun berkurang! Tu lah penyebab anak lesung batu tu pecah, meletup kena bakar! *hahahaha

Sekarang, aku tak perlu guna anak lesung batu tu lagi untuk asah pisau, sebab aku dah pun beli batu asah yang khusus untuk kerja-kerja mengasah apa-apa yang patut di asah.

Batu asah baru, dengan pisau potong baru!

Bila time mengasah pisau, kadang -kadang aku teringat akan zaman aku kerja kebun dulu (ni bukan farmville tau!). Zaman aku sekolah menengah, aku selalu pergi ke kebun nenas bapak aku. Dan aku selalu lah menebas rumput yang panjang-panjang kat kebun tu.

Jadi, menebas menggunakan parang tu memang dah biasa sangat. Cuma sebelum menebas, mengasah parang adalah benda yang aku tak berapa gemar. Tapi lepas parang tu tajam syok jer pakai sebab semua rumput-rumput tu tewas di tangan aku! *wahahaha

Tips: Macam mana nak tau pisau / parang tu dah tajam lepas di asah dengan batu asah? Jawabnya, kena pegang mata pisau / parang tu. Dia kena rasa macam ada lekat-lekat sikit kat kulit jari. Kalau tak ada rasa macam lekat-lekat tu, meaning tak tajam lagi. Nak selamat, potong jer kat bawang ke, cili ke.. *hehehe

Ps: keadaan isteri terchenta masih belum memberansangkan. rasanya kena mc lagi seminggu tu.

  • Share/Bookmark
Tagged as: 1 Comment