Apakah..? Tak ada apa-apa yang berlaku di sini. Sila abaikan kenyataan tersebut.

11Nov/092

Pangkor Seagull Review

Sebenarnya, aku jarang jugak nak review tempat-tempat yang aku pernah lepak untuk cuti-cuti. Tapi kali ini, disebabkan acara menghabiskan duit ini adalah tidak dirancang, maka haruslah mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelamatkan poket aku sempena percutian terkejut ini pada hujung minggu yg lalu.

Alkesah, cerita bermula dengan melawat tempat CSR kompeni tempat isteri terchenta kat Kuala Selangor. Program CSR tu hujung minggu ini, jatuh pada 14 Nov ini. Dah alang-alang, terus melajak ke Pangkor.

Mula-mula, memang tak nak bermalam. Tapi oleh sebab pukul 4pm baru sampai kat Lumut, maka plan sudah bertukar menjadi bermalam. Haruslah membuat booking on-the-spot untuk bilik.

Lastly, telefon Seagull. Dia kata ada bilik kosong. RM50/malam. Since dah lewat, kitaorang pun hentam sajalah. Ingatkan nak pacak khemah, tapi oleh sebab ada ahli keluarga yang lain, farah & kawan, maka haruslah cari bilik. Lokasi resort ni, memang betul-betul kat teluk nipah tu.

P1160734
Why pay more? *macam Airasia pulak*

Since harga pun RM50, so expectation tu memang kena downgrade! Jangan nak mengada-ngada nak ada full facility macam crowne plaza! :p

P1160736
Tengok area reception, hmm.. macam ok..

P1160737
Lepas ambik kunci, kena ikut jalan belakang.. aaah..! sudah..

P1160738
Jalan lagi sikit, jeng.. jeng.. jeng! Dalam hutan tu.. hutan rimba menghijau..

P1160739
Ni lah rupa tempat untuk aku bermalam.. asalkan boleh tido.. udah ler..

P1160740
Ok.. ok.. cukuplah sekadar aku tunjuk dari luaran sahaja..

Aktiviti biasa, kalau dah sampai kat Pangkor ialah berenang, tengok ikan dan snorkeling. Aktiviti berat tidak boleh dilakukan disini, nanti jiran sebelah rakam!

Kali ini, dah kali ke-3 aku ke pangkor. Gambar pun snap beberapa keping sahaja. Tapi tak apa lah. Dalam perjalan pulang aku telah mendapat "surat chenta" dari Pak Polisi! *Sungguh sadis hati ini!*

p/s: konon nak jimat time cuti terkejut, lain pulak jadinya. Rabak gak poket ini.

  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. melawat pulau pangkor
  2. SUMO-Lah Review
  3. Upin & Ipin: Geng The Movie Review
  4. Sepasu Bunga Syiling
  5. Rumah Anak Yatim Sekendi
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. Huhuhu.. syok la jugak ko leh berjalan… hehee…. aku ni ha plan hujung thn nih… tak tau la jadi ke tidak… hehe.. dgn wife aku yg sarat… tak sure camne… tunggu dan lihat je ler…. hehehe


Leave a comment


No trackbacks yet.