Apakah..? Tak ada apa-apa yang berlaku di sini. Sila abaikan kenyataan tersebut.

29Dec/090

Nanas Bakar dan Camping yang floating


Ini adalah first time aku makan nanas bakar! *sila abaikan tangan yang hitam tu*

Walaupun kat kampung nun di sarawak ada kebun nanas, terasa pelik bila tengok diaorang ni buat experimen membakar nanas dengan butter. Macam buat jagung bakar la pulak.

Acara memakan nanas bakar tu adalah sebahagian dari aktiviti Msjbox Holiday Camp 2009 di Cherating minggu lepas. Kali ni memang mencabar sungguh bercamping!

Tengok tu, khemah aku betul-betul kat atas tasek buatan! Ini adalah kesan dari pembalakan alam sekitar dan perubahan suhu iklim dunia.

Mula-mula hujan turun dengan lebat. Kemudian hujan berhenti. Tak lama kemudian, hujan turun lagi dengan lebatnya. Tapi aku masih syok lagi layan tido dengan hujan yang lebat tu.

Dan, aku mula terasa macam lantai khemah tu macam menggelembung naik. Aku tekan-tekan, oooh.. air rupanya kat bawah khemah. Hujan semakin lebat dan berterusan.

Akhirnya, khemah aku telah dimasuki air dan aku terpaksa abandon khemah tu. Al-kesah, tak nak la nak lari sebab boleh duduk lagi kalau tak masuk air, tapi malangnya... hmmm.. lari ajer lah..

Tengok tu, sampai buku lali tu.. punya la dalam tasek tu..

erm.. bukan aku sorang jer yang abandon khemah tu.. siap lipat tikar lagi *hehe

Siang, semua orang melawat khemah masing-masing. Khemah aku dah dippindahkan ke tempat lebih selamat daripada hanyut ke tengah laut! hehe..

Apapun, aku tak rasa serik pun nak bercamping. Next time, nak lagi bercamping cuma tapak kena kat atas kawasan daratan sikit.

Sebelum balik, kita lompat dulu!

Full Album: Msjbox Holiday Camp 2009

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.