Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

8Oct/091

Hari Melawat Melaka

Ini merupakan kali ke-2 emak & ayah datang ke KL. Kali pertama, sajer berjalan-jalan kat KL. Kali ni pulak sebab adik aku yang sorang lagi tu nak konvo. Acara konvo adalah di hari Sabtu ini, sesi petang. Hari ini, aktiviti ambil jubah, then terus shoot ke Melaka. Dulu time emak datang KL, tak sempat nak bawak jalan-jalan di Melaka. Maka, kali ini, haruslah meneruskan acara yang suci murni ini *hehe


Acara dimulakan dengan melawat kampus tempat Jemi belajar. Micet. Dapat bergambar kat depat pintu gate pun dah kira ok. First time gak mak & bapak datang kat sini.


Haruslah stop untuk makan. *lapar nih..


Ini merupakan kawasan wajib untuk dilawati. Ni merupakan kali ke-2 aku masuk sini.


Terus saja melangkah masuk.


Harus la jugak bergambar dengan si captain jack sparrow!


Kat atas dek kapal. *sungguh moden pirates ini..


A Famosa, juga merupakan kawasan-kawasan wajib lawat kalau menjenguk Melaka ini.


Dataran pahlawan, dari atas bukit Famosa.


Orang yang baju itam tu, 3 tahun kat Melaka, ini adalah first time kat sini! *hehe


Ok, ini adalah tempat yang aku nak pegi. Dulu time aku pegi Melaka, tutup aja memanjang. Arini, dapat la sudah aku melangkah masuk kat Istana Melaka ini.


Balirong seri. Memang dah macam dalam pilem PGL.


Ini pulak adalah kawasan tempat sultan golek-golek beradu di waktu malam atau siang.


Memang luas jugak dalam istana ni. Ada 2 tingkat. Then ada satu lorong gelap kat tepi istana yang memaparkan segala jenis pakaian tradisional.


Aksi latar, aku pun tak berapa pasti. sultan tengah marah agaknya.


Ok, gambar penghabisan sebelum bertolak balik ke KL.

Full Album:

  • Share/Bookmark
7Oct/090

Balik Kampung

Tahun ni, aku beraya belah isteri terchenta dulu, dari KL ==> Bintulu ==> Mukah ==> Kuching ==> Bintulu ==> KL. Jauh tak? Buat satu pusingan U-Turn tu.
Aku start cuti memang betul-betul hari Sabtu (sehari sebelum raya) then pagi-pagi buta telah ke LCCT. Macam biasa, bila time raya, kitaorang tumpang kereta kat rumah Acai. Terima kasih banyak-banyak yer Acai. :)


Ni semua ahli keluarga sebelah Igan, Mukah. Cuba korang tengok, ader tak muka-muka yang korang kenal sesat kat dalam gambar tuh? hehe


Tengok ni, ader orang tolong menghias rumah di malam raya!


Menziarahi kubur, memang aktiviti penting.


Macam zaman dulu-dulu, bergambar kat tepi tingkap


dengan tak semena-mena, di suatu pagi yang hening, ader orang jerit nak tengok burung kenyalang? erk! apakah itu betul? *hehe


ahems.. posing di pagi raya.


nasib baik aku dah besar, tak la kena main bunga api *hehe

satu perkara yang unik setiap kali raya di Igan, ialah acara "berlanggar meja". Oops, bukan angkat meja dan langgar kasi pecah! makan-makan ajer lah.


Aku rasa kali ni macam ok sikit sebab ader khemah, then pekena ikan bakar! fuyoo..


Ini ayah mertua.. *hehe


since acara berlanggar meja ni adalah acara besar-besaran, ada 3-4 buah kampung terlibat. senang cerita, sebuah kampung buat open house, 3 buah kampung lagi jadi tetamu. then esok nya, tukar pulak, kampung yang satu lagi jdi host, dan 3 lagi jadi tetamu. macam tu lah 4 buah kampung ikut pusingan. meriah kan? *kat kl mana ader!

last sekali,


aktiviti "harvest" di farmville kat belakang kampung aku! sungguh addicted itu games! *muahehehe

  • Share/Bookmark
3Oct/091

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebelum meneruskan cerita aidilfitri, elok rasanya kalau aku & isteri terchenta nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang budiman sekalian.

p/s: berhabuk sikit blog ni sebab lama sangat tinggal, cuti beraya katakan..

  • Share/Bookmark
Filed under: Personal-Life 1 Comment
10Sep/090

Ice Skating

ekceli tak ada apa sangat cerita nak di update, so aku tempek jer gambar beberapa bulan lepas yang kitaorang pegi main ice skating kat sunway :)

berhati-hari ketika skating..
  • Share/Bookmark
Filed under: Personal-Life No Comments
6Sep/091

Plaza GM, Chow Kit

Sebelum ke program berbuka FastBreak 5 di Bora Ombak, aku temankan isteri terchenta dan emaknya untuk ke Plaza GM untuk jenguk-jenguk barangan-barangan yang boleh dibeli dengan harga borong.
erm? nak ikut jalan mana nih??
Plaza GM, ambik gambar sign board parking aja.
kat sini, kalau nak parking, kena naik lift. berapa lama mau tunggu aaa? tapi aku tak parking kat sini sebab nak masuk kat sini pun kena pusing serata alam.
Ni contoh, harga gelang ni RM3.50 satu. tapi kena beli minimum 12. macam tu lah jugak hal nya kat kedai-kedai yang lain. kat sini semua kedai pemborong. bendalah Flip-Flop yang letak atas dashboard kereta tu pun murah, RM3.50 satu, minimum 12 unit.
barang reject? ader jugak eh? so.. kena hati-hari memilih..
finally, bebaik pegang. One Once broken, consider sold!
p/s: untuk gambar-gambar FastBreak 5 di Bora Ombak, sila ke blog my.Msjbox.com
  • Share/Bookmark
Filed under: Personal-Life 1 Comment
24Aug/091

Nasib Si Penunggang Motor

Kalau hujan, si penunggang motor akan mencari tempat berteduh yang terdekat sehingga lah hujan dah berhenti atau sehingga hujan dah tak lebat lagi. *Kesian*

  • Share/Bookmark
Filed under: Personal-Life 1 Comment
22Aug/090

Kursus: Latihan Asas Perniagaan (LAP)

Sepanjang minggu lepas, 15-19 Ogos, aku telah ikut kursus ni. Bayaran RM100 sahaja merangkumi bilik hotel, nota & makan semua. Kursus ni anjuran INSKEN, MITI. Diuruskan oleh MEDEC (UiTM).

Bagus kursus ni. Almaklum lah, aku ni nak ada bisnes tapi tak tau kat mana nak start, macam mana, sumber kewangan, planning dan sebagainya.

Selepas aku ikut kursus ni, baru terbuka minda macam mana nak buat pengiraan untuk kita buat keputusan, sama ada plan bisness yang nak dibuat tu boleh buat ke tak.

Slot yang aku rasa mencabar ialah slot pertama "Unfreezing" oleh Prof Baharudin, kawan baru saya. Anda dikehendaki mencari orang yang lansung anda tidak kenali. Tak boleh orang yang duduk kat sebelah. Dah dapat, kena buat interview serba sedikit berkenaan beliau. Tulis atas kertas mahjong. Lukis muka, saiz passport! Kemudian buat presentation "Kawan Baru Saya"

Kecut perut gak wei.. Aku main redah jer lah. Aku nampak sorang abang tu, kira pangkat pakcik. Aku terus jer lah bertegur sapa. Memang kekok seh! Siap semua interview, tang melukis memang fail! tak macam muka dia lansung! *aku lupa nak ambik gambar lukisan aku tuh!* Kalau korang tengok, konpem korang boleh gelak golek-golek atas lantai!


Sesi presentation "Kawan Baru Saya"

Hari-hari seterusnya, dah jadi macam biasa. Nama pun dah kursus, duduk dengar sahaja lah. Dari idea perniagaan, ke rancangan pemasaran, rancangan organisasi, rancangan operasi dan rancangan kewangan.

Jadi "Optimus Prime" sebab dengan tak semena-mena ada sorang peserta kursus tu demam! Bawak la check kat hospital, Alhamdulillah, bukan H1N1. Kalau tak, konpem semua peserta kena kuarantin kat hotel!

Hari terakhir kursus, peserta di pecahkan dalam kumpulan untuk membuat rancangan perniagaan dan seterusnya buat presentation. *pun tak ada gambar jugak*

Kumpulan 3 (termasuk aku lah ni) buat plan untuk bisnes khidmat mencuci rumah. Orang zaman sekarang sebok kerja, penat, so nak cuci rumah, panggil jer kompeni kitaorang. Nama company "Bling Bling Shine". Semua pakat gelak bila dengar jer nama tu. Tapi bagus, sebab semua orang senang nak ingat!

Untuk korang yang nak ikut jugak kursus ni, sila lah berhubung dengan MEDEC (UiTM) untuk keterangan sesi kursus seterusnya.

Satu lagi, Kursus Latihan Asas Perniagaan ni juga adalah pra-syarat untuk mendapatkan pinjaman dari SME Corp (sebelum ni SMIDEC), atau SME Bank. Dapat ke tak tu bergantung dengan kekuatan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibuat.

  • Share/Bookmark
13Aug/090

Modeling.. lagi sekali!

seperti yang anda semua dan tengok, aku berjaya menjadi businessman dalam 10 minit. dan kali ini semasa berjalan-jalan, aku sajer nak try lagik. try baju, snap gambar.. post kat blog! muahehehe.. tiada adegan kejar-mengejar dengan salesman yer..


posing berdua dulu depan cermin.. tengah cermin diri nih.


cuba, try, test :)


yang ni pulak amacam? :P

  • Share/Bookmark
11Aug/092

Addicted menjadi petani moden!

Ok, ini adalah akibat daripada gejala sosial yang sangat berleluasa di facebook!

Menjadi petani moden adalah satu hobi yang tak ada kesudahan. Sehinggakan suatu hari isteri terchenta anda bertanya:

"harvest apa arini?"

Dan, ini adalah juga akibat daripada sindrom menanam sayuran mengikut corak seperti yang isteri terchenta nak tengok..


ada ke orang berkebun macam ni?

  • Share/Bookmark
9Aug/091

Menumpang Outstation

Erm, jam ini aku tengah berada kat pantai kemasek, terengganu. tengah menunggu isteri terchenta meeting kat kerteh.


syok jugak, time cuaca redup-redup begini. park keta bawah pokok dan update blog seperti yang korang tengah baca sekarang.

sebenarnya ini merupakan plan yang tidak dirancang. al-maklumlah, keadaan poket kurang mengizinkan sekarang. tapi oleh sebab company dia hantar dia outstation kat kerteh, so aku pun apa kurangnya menumpang kaseh 2 belah kaki. hehe.

seperti biasa, ini kali ke-2 kot aku menumpang kaseh untuk cuti-cuti atas outstation orang lain. hehe. isteri meeting, aku bersuka-ria.

tapi kali ini, meeting isteri terchenta belah petang ahad. so, di sebelah pagi sempat la isteri terchenta bersuka-ria.


aksi lompatan ini adalah shot yang ke-5! al-maklumlah, guna timer.. maka nak melompat pun kena tengok lampu timer kamera tuh!

dah setel melompat-lompat, maka kitaorang pun berenang kat dalam kolam. isteri terchenta dah pandai berenang sekarang hasil usaha kelas berenang yang dia ikut beberapa bulan yang lepas. tapi still kena jaga-jaga jugak sebab kolam tu agak dalam. aku pun sampai paras dagu kalau berdiri.

ok, dalam pada aku tengah update story kat atas tu, hujan turun. tak ada lah lebat sangat. tapi kalau berdiri kat luar tu 8 minit, basah jugak! hehe

  • Share/Bookmark