Apakah..? Tak ada apa-apa yang berlaku di sini. Sila abaikan kenyataan tersebut.

8Mar/102

Air Kelapa Muda dan Chicken Pox

Semalam, selepas berteduh di Sri Tempua pada malam sebelumnya, dengan tak semena-mena ada sesuatu telah muncul di dagu isteri terchenta. Mula-mula ingatkan macam jerawat aja. Maka, buat tak kisah aja.

Menjelang malam, gelembung tu macam semakin banyak. Dan semakin merebak. Terus malam tu jugak ke klinik untuk jumpa doktor.

Dan, doktor telah mengesahkan itu adalah, chicken pox!

Gelembung yang asalnya satu, dah semakin banyak **gambar tangan aku melecur masa goreng ayam ni!

So, aku hari ni terpaksa ambil EL separuh hari.

Kelapa muda, kalau minum banyak, Insyallah semua virus-virus tu cepat keluar dan cepat sembuh.

Yang peliknya, banyak kedai-kedai biasa yang jual kelapa muda tutup. Lagi dahsyat, satu kedai yang kat tepi tapak pasar malam hari isnin dah roboh, a.k.a. tutup lah!

Ps: Esok nak kena cari kelapa lagi lah. Harap-harap isteri terchenta cepat sembuh.

23Nov/098

Harga Perodua MPV: Alza

Ooh.. Perodua dah pun keluarkan MPV dia tu. Sekali imbas, macam MyVi yang ditarik menjadi panjang! *hehe

starmotorer861_1

Tapi berapa harga dia yer?

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

P/s: Erm, Alza or Exora?

Tagged as: , , 8 Comments
21Nov/092

Upin & Ipin: Video violation kat Youtube? Dan Animonsta.

Masa mula-mula aku tengok cerita ni, aku fikir:

Kalau cerita animasi buatan Malaysia, mesti tak syok sebab jalan cerita ntah apa-apa dan gambar sangkut-sangkut.

Tapi, since beberapa ketika sebelum "Geng Movie" keluar, aku tergerak nak tengok episod dia yang pendek-pendek kat youtube. Aku memang suka tengok animasi. Cerita Shrek aku tengok, dan pelbagai spesis animasi dari Pixar aku tengok. Dan since ni kira 1st full 3D animation dari Malaysia, so aku plan nak tengok.

So, aku tengok trailer dia kat youtube. Then lepas tu aku tengok pulak episod U&I. Then aku terus suka. hehe. Terasa macam kanak-kanak riang ria jer.

Tapi, baru-baru ni, aku nak jugak la tengok episod yang lepas-lepas. Menurut blog LCP, boleh tengok kat website rasmi upin & ipin. So aku pun bukak, then..

pic07

Apakah erti semua ini? Dah tak ada orang jaga lagi ke?

Episod rasmi yang di host di Youtube telah di remove sebab copyright? Bukan ke LCP sendiri yang upload kat youtube? Sungguh la aneh.

Maka, aku pun baca lah previous entry kat blog LCP dan jumpa artikel "LCPSB Tidak bersaing dengan Animosta". Animosta? Siapa itu animonsta? Lawyer? Majistret?

So aku pun meneruskan siasatan selanjutnya di Google, Facebook dan segala macam sumber online yang aku rasa boleh dipercayai. Dan fakta nya ialah:

Team asal yang create watak Upin & Ipin telah meninggalkan LCP dan menubuhkan syarikat Animonsta.

Memang susah sikit nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Nizam & Friends, dah tinggalkan "anak-anak" Upin & Ipin untuk BoBoiBoy. Berbelit lidah aku nak sebut.

Poster01

Sinopsis Boboiboy:

Produk sulung kami ialah BoBoiBoy; kisah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang mendapat superpower untuk menentang penaklukan makhluk asing yang datang je bumi untuk menguasi bijirin kopi. Kisahnya bermula apabila makhluk asing berkepala kotak menghantar reconnya untuk mengumpul bahan-bahan yang terdapat di bumi. Salah satu bahan yang mereka kumpulkan ialah bijirin kopi yang dibawa semula ke dunia mereka untuk diuji. Di dalam sesi ujian, saintis mahkhluk asing tersebut termakan bijiran kopi dan mendapati ianya sangat enak dan luar biasa. Dia melaporkan apa yang telah didapatinya kepada maharajanya. Selepas merasai sendiri kehebatan bijian kopi itu, maharaja itu menjadi taksub dan segera memerintahkan bahtera angkasa disediakan untuk terus ke bumi bersama seluruh koloninya.

Ok, itu lah al-kesah kenapa Upin & Ipin dah kena "violated" kat Youtube, walaupun LCP sendiri yang upload. Apapun, aku kagum dengan semangat Nizam & Friends yang sanggup untuk bermula dari awal seperti mereka berbula 4 tahun yang lepas.

Kisah benar:

Masa aku ke Serdang  suatu ketika dalam lingkungan tahun 2004 (rasanya), aku jumpa kawan lama (Malek, kat mana ko sekarang ni?) masa kerja kat satu company komputer. Tapi masa aku jumpa dia, kompeni tu kira nyawa-nyawa ikan lah sebab ada krisis dalaman. Sembang panjang jugak lah.

Then dia cerita yang dia di approach (lebih kurang la) untuk bikin cerita kanak-kanak "Upin & Ipin". Aku ingat sebab Ipin tu nama member study/housemate dulu. Dan masa tu time dia sebut nama company tu "Last Kopek". Aku rasa nak golek-golek gelak. Tapi dia kata, kompeni tu still nak mencari funding untuk tampung kos pembikinan. Dia pun berbelah-bagi nak join ke tak. (Weh, malek.. ko jadi  ke join tu? Aku tak nampak pulak muka ko dalam gambar profile LCP tu sekarang.. hehe..)

Fast forward ke 2008, bila aku dengar pasa Upin & Ipin kat TV9:

Macam pernah dengar Upin & Ipin, tapi di mana yer?

Apapun, aku ucapkan syabas kepada Nizam & Friends sebab buat cerita yang best macam Upin & Ipin (w/pun aku gelak golek-golek bila first time sebut nama former kompeni Last Kopek tu). Dan aku harap Boboiboy yang korang bakal hasilkan sama best dan lebih best jalan cerita dengan Upin & Ipin.

p/s: panjang pulak aku ber-story nih.

10Oct/094

FarmVille, original punya!


Iyer, aku memang sudah masuk tahap mabuk gaban gak ngan games farmville ni kat facebook. Cuma time raya ni saja aku tak bercucuk tanam membanting tulang kat kebun, nasib baik mouse tak pecah! *hahaha

Tahun 2009, giliran beraya kat Igan, Sarawak, belah kampung isteri terchenta. Beraya macam biasa seperti 2 tahun yang lepas. Then, lepas landing kat kampung aku, cuba korang teka apa aku buat?


Harvesting! *hahaha.. Sungguh addicted itu Farmville.


Pokok kacang panjang.. *tunggu nak harvest ni.. kalau lambat, nanti dia expired! rugi.. rugi..


Ok, jom kita harvest!

Selain dari kacang panjang, kat farmville aku kebun bapak aku kat kampung, ader jugak tanaman ini..


*Ini adalah pokok labu. Tapi masih di peringkat planting kecil lagi. *hehe


Ini pokok nanas yer kawan-kawan. kalau kat dalam FarmVille, mahal ini pokok, kalau sekali harvest boleh dapat 242 coins!

Dan last sekali, kalau kat farmville ada "barn" kat farmville aku kebun ayah aku pun ader gak..


siap dengan baja dalam guni, tempat asah parang, air.. korang cakap jer tools yang korang nak pakai! *hehe

so, amacam? best tak farmville original nih?

Filed under: Observation 4 Comments
12Sep/093

Pintu rintangan api

Sila pastikan pintu ini sentiasa di tutup!
Memang betul-betul tutup, siap letak pad-lock lagi! konpem orang mati rentung terus! huhu..

sapa punya keja la ini?
26Aug/090

Pengungsian Bangunan?

Apa itu pengungsian? kompius jap.

Filed under: Observation No Comments
13Aug/090

Modeling.. lagi sekali!

seperti yang anda semua dan tengok, aku berjaya menjadi businessman dalam 10 minit. dan kali ini semasa berjalan-jalan, aku sajer nak try lagik. try baju, snap gambar.. post kat blog! muahehehe.. tiada adegan kejar-mengejar dengan salesman yer..


posing berdua dulu depan cermin.. tengah cermin diri nih.


cuba, try, test :)


yang ni pulak amacam? :P

11Aug/091

isi tempat kosong

pada suatu hari, anda sedang mengorder makanan kat kedai white coffee bean, apa yang korang buat?


ya betul! isi borang dulu.. kalau salah isi, salah lah order.. hehe.. sori yer mail, aku posting gambar ko sbg model kat sini. kasi glemer sket :)

Filed under: Observation 1 Comment
11Aug/092

Addicted menjadi petani moden!

Ok, ini adalah akibat daripada gejala sosial yang sangat berleluasa di facebook!

Menjadi petani moden adalah satu hobi yang tak ada kesudahan. Sehinggakan suatu hari isteri terchenta anda bertanya:

"harvest apa arini?"

Dan, ini adalah juga akibat daripada sindrom menanam sayuran mengikut corak seperti yang isteri terchenta nak tengok..


ada ke orang berkebun macam ni?

20Jul/090

Don’t do it here!