Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

21Mar/091

Msjbox.. will connect you

Kepada warga Msjbox,

Aku minta maaf sebab lambat. Ni pun baru lepas demam 2 hari. Semua kerja sudah tertangguh. Dan hari ini, kesemua baju tersebut sudah berada di rumah aku.

Tentatif Baru:
23 Mac - mula pos baju ikut alamat untuk yang dah full payment sahaja.

Harap-harap baju sampai dengan selamat nya yer.

  • Nota 1: Baju akan di pos jika dah buat full payment sahaja. Kalau rasa belum hantar alamat rumah, sila lah berbuat demikian. Kalau tak, lambat la dapat baju.. hehe
  • Nota 2: Untuk ambil sendiri, bayaran penuh boleh dibuat sewaktu ambil baju tersebut.

Tempat Ambil Sendiri:

  • #1: Jom ke Mini Gathering di Melaka pada 28 Mac 2009 2PM, kat depan kota Melaka tu aja.
  • #2: Jemput la datang ke rumah pada Ahad 22 Mac 2009, 2PM-6PM (Tertakluk kepada perubahan)
  • #3: Memang kena datang ambil sendiri jugak sekitar Sri Gombak (Giant). Sms/Call 013-242 8605 (Junaidix) dulu yer. hehe
  • Share/Bookmark
21Feb/093

Msjbox tshirt update

#1: Pricing
Design tshirt Msjbox 2009 dah dihantar ke kedai printing. Dah cuba minta diskaun, tapi harga hanya dapat dikurangkan jika lebih 100 helai. Aku minta maaf banyak-banyak.

#2: Letak nama, url blog
Kepada sesiapa yang berhajat untuk meletak nickname dan url blog atas baju, extra RM5 dikenakan. Jika nickname sahaja ataublogurl sahaja extra RM3 sehelai. Tarikh akhir, 27 Feb 2009. Tapi nak letak belah mana eh? idea please.. hehe. Saiz nama & url lebih kurang 4 inci lebar x 1 inci atas baju nanti. jangan panjang sangat la nickname tu.

#3. Last minit tshirt order
Sesiapa yang ingin untuk membuat tempahan last minit, anda boleh berbuat demikian. Sila hantar maklumat pesanan dan juga deposit sebelum 27 Feb 2009 10PM. Lepas tarikh ni, nak tambah order kena at least 30 helai baru boleh buat. Tapi harga mungkin lagi mahal.

  • Share/Bookmark
Filed under: Msjbox T-Shirt 3 Comments
22Jan/090

live result ditutup dan undian semula

mengambil kira pendapat rakan-rakan sekalian, maka dengan ini live result (termasuk result dalam MPanel) ditutup sehingga tamat proses pengundian pada 31 Januari 2009.
sehubungan dengan itu, maka proses vote akan di-RESET. kesemua undian sebelum inidianggap rosak dan semua dikehendaki membuat undian semula.
struktur markah undian semula:
  • 6 undi x 10 markah = semua ahli Msjbox aktif (termasuk trials & officials)
  • 10 undi x 4 markah = officials sahaja
  • 6 undi x 1 markah = semua akaun expired
rasional undian semula ini:
kebanyakkan undian yang diterima adalah berdasarkan sentimen semata-mata kerana semua telah mengetahui design yang memperolehi markah tertinggi secara live dan undi yang diberikan bukanlah dari hati sanubari pengundi itu sendiri.
oleh yang demikian, bersama-sama lah kita mengundi semula.. hehe
sekian, terima kasih.

  • Share/Bookmark
20Jan/090

undian t-shirt msjbox

Struktur undian:
  • 6 undi x 10 markah = semua ahli Msjbox aktif (termasuk officials, trials)
  • 10 undi x 4 markah = officials sahaja
  • 6 undi x 1 markah = semua akaun expired
Tarikh undian:
  • mula : 21 Jan 2009
  • tamat : 31 Jan 2009

berikut merupakan interface untuk proses undian untuk memilih design mana yang akan dijadikan baju rasmi Msjbox.

1. untuk mengakses, anda mesti lah login ke Msjbox Panel (msjbox.com/mpanel) dan klik ke menu "Vote" seperti dalam gambarajah berikut.

2. langkah seterusnya ialah, anda hanya perlu klik menu drop down "--Choose--" tersebut. gambar design t-shirt yang dipilih akan dipaparkan. lihat gambar di bawah.

3. klik button "Cast Vote" untuk menghantar undian anda.

4. selepas undian anda diterima, anda sepatutnya dapat melihat beberapa maklumat berkenaan undian tersebut.


senarai undian anda (ni sampel ajer tau!)

p/s: diharap design yang terpilih merupakan design yang menjadi kebanggaan semua. t-shirt yang anda tidak segan untuk pakai seharian.

  • Share/Bookmark
18Jan/090

15 Finalist design t-shirt msjbox

Design M1: I do Msjbox. Do you?

by Nad (Otak Belacan), Singapore

**Nota: Design untuk printing hanya bahagian depan & belakang sahaja.


Design M2: I heart Msjbox
by Dilla (Bondarock), Malaysia


Design M4: Where people meet people

by Famia, Malaysia
**Nota: Design bahagian belakang ialah link "www.msjbox.com"


Design M5: a reason why

by Famia, Malaysia

**Nota: Design bahagian belakang ialah link "www.msjbox.com"


Design M6: I love Msjbox

by Along Arman, Malaysia


Design M12: "hand"

by Ed (OrdinaryTeacher), Malaysia
**Nota: Bahagian lengan diabaikan


Design M15: Msjbox:ism

by Nad (Otak Belacan), Singapore


Design M16: will connect you

by Aie, Malaysia


Design M19: no word

by Rodin, Malaysia


Design M21: Friends Territory

by Brad, Malaysia


Design M22: made in malaysia

by Brad, Malaysia


Design M23: friends forever

by Annessa, Malaysia


Design M24: forever

by Annessa, Malaysia


Design M29: proud to be

by Alifi (Aliff Lam), Malaysia


Design M32: born to flight

by Sheda, Malaysia

**Nota: bahagian lengan diabaikan


Faktor utama dalam mempengaruhi proses pemilihan finalist ialah kos untuk printing baju tersebut. Ada design yang memang cun, tapi bila sampai ke kedai, ada sesetengah kedai tidak dapat print dan ada kedai yang boleh print tapi dengan kos yang lebih mahal.

Diharap kepada sesiapa yang tidak terpilih dalam senarai finalist ini, jangan berkecil hati. Masih ada hadiah cenderahati untuk setiap peserta.

Harga Printing:

  • Target: 50 pasang baju (lagi banyak lagi murah)
  • Anggaran harga jualan: RM27 sepasang**
  • Lengan Panjang: Tambah RM5
  • Saiz Baju: XS - XXL (XXXL dan keatas - tambah RM5)

**Nota: harga sebenar tertakluk kepada design yang menang dan jumlah order yang diterima supaya aku boleh negotiate lagi dengan kedai printing.

Struktur undian:
  • 6 undi x 10 markah = semua ahli Msjbox aktif (termasuk trials dan officials)
  • 10 undi x 4 markah = officials sahaja
  • 6 undi x 1 markah = semua akaun expired
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah undian tertinggi dikalangan semua 15 finalist design yang dipertandingkan.
Tarikh undian:
  • mula : 21 Jan 2009
  • tamat : 31 Jan 2009

p/s: sistem voting dah siap, aku akan tulis guideline untuk korang nanti.

  • Share/Bookmark
17Jan/090

tambahan hadiah cenderahati

PuteriEzza (officials Sabah) dengan berbesar hati sudi untuk sponsor hadiah cenderahati tambahan untuk pertandingan design tshirt Msjbox 2009.

Mesej dari Ezza:
"memandangkan penyertaan ramai, saya dengan sukacita nak tambah hadiah untuk pemenang, sebab pertandingan ini melibatkan 'kreativiti' para peserta. Maka kita hargai curahan kreativiti mereka tu.

Pertambahan hadiah:
WINNER - Cenderamata tambahan (cadangan: plaque)
TOP 5 - cenderamata tambahan (cadangan: plaque atau mini trophy)
PENYERTAAN: Cenderamata tambahan (cadangan: mini trophy)."

maka dengan itu hadiah rasmi adalah seperti berikut:

  • Winner - Free 1 Tshirt, 1 Mystery Gift, 1 Plaque
  • Top 5 (2 hingga 6) - 1 Mystery gift, 1 Plaque or 1 Mini trophy
  • Participant - 1 Mystery gift, 1 mini trophy

p/s: ehems.. ada lagi yang nak sponsor hadiah cenderahati ke? hehe

  • Share/Bookmark
16Jan/090

senarai penuh peserta

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar penyertaan masing-masing untuk pertandingan T-Shirt Msjbox 2009. Penyertaan telah pun di tutup dengan rasminya.
Berikut adalah senarai penuh peserta:
  1. Nad (Otak Belacan) - M1, M15
  2. Dilla (Bondarock) - M2
  3. Che Mat - M3, M11
  4. Famia - M4, M5
  5. Along Arman - M6
  6. DirFara M7, M8
  7. Sodep - M9, M10
  8. Ed (OrdinaryTeacher) - M12, M18
  9. ecah88 - M13, M14
  10. Aie - M16, M17
  11. Rodin - M19, M20
  12. Brad - M21, M22
  13. Annessa - M23, M24
  14. Hendra - M25
  15. Amir - M26
  16. Zairul (Chime) - M27, M28
  17. Alifi - M29, M30
  18. ShedaM31, M32 (lupa attachment mlm tadi)
Struktur undian:
  • 6 undi x 10 markah = semua ahli Msjbox aktif (termasuk trials dan officials)
  • 10 undi x 4 markah = officials sahaja
  • 6 undi x 1 markah = semua akaun expired
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah undian tertinggi dikalangan semua 32 design yang dipertandingkan.
Tarikh undian:
  • mula : 21 Jan 2009
  • tamat : 31 Jan 2009

Panduan untuk membuat undian akan di umumkan kemudian selepas kesemua maklumatberkenaan dengan harga cetakan untuk setiap design telah lengkap.

p/s: promosi Xtra Tahun Baru telah tamat.

  • Share/Bookmark
15Jan/091

Msjbox T-Shirt 2009: M29, M30, M31, M32

Design M29: proud to be
by Alifi (Aliff Lam), Malaysia
*Nota: baju muslimah adalah sebagai ilustrasi kedudukan design sahaja

Design M30: kotak pesanan tanpa sempadan
by Alifi (Aliff Lam), Malaysia
*Nota: baju muslimah adalah sebagai ilustrasi kedudukan design sahaja


Design M31: red
by Sheda, Malaysia
**Nota: bahagian lengan diabaikan



Design M32: born to flight
by Sheda, Malaysia
**Nota: bahagian lengan diabaika
  • Share/Bookmark
Filed under: Msjbox T-Shirt 1 Comment
14Jan/090

Msjbox T-Shirt 2009: M26, M27, M28

Design M26: community team
by Amir, Malaysia

Design M27: motif (black)
by Zairul (Chime), Malaysia

Design M28: motif (red)
by Zairul (Chime), Malaysia
  • Share/Bookmark
13Jan/090

Msjbox T-Shirt 2009: M25

Design M25: mesej untuk blog anda
by Hendra, Malaysia
  • Share/Bookmark