Nanas Bakar dan Camping yang floating
Ini adalah first time aku makan nanas bakar! *sila abaikan tangan yang hitam tu*
Walaupun kat kampung nun di sarawak ada kebun nanas, terasa pelik bila tengok diaorang ni buat experimen membakar nanas dengan butter. Macam buat jagung bakar la pulak.
Acara memakan nanas bakar tu adalah sebahagian dari aktiviti Msjbox Holiday Camp 2009 di Cherating minggu lepas. Kali ni memang mencabar sungguh bercamping!
Tengok tu, khemah aku betul-betul kat atas tasek buatan! Ini adalah kesan dari pembalakan alam sekitar dan perubahan suhu iklim dunia.
Mula-mula hujan turun dengan lebat. Kemudian hujan berhenti. Tak lama kemudian, hujan turun lagi dengan lebatnya. Tapi aku masih syok lagi layan tido dengan hujan yang lebat tu.
Dan, aku mula terasa macam lantai khemah tu macam menggelembung naik. Aku tekan-tekan, oooh.. air rupanya kat bawah khemah. Hujan semakin lebat dan berterusan.
Akhirnya, khemah aku telah dimasuki air dan aku terpaksa abandon khemah tu. Al-kesah, tak nak la nak lari sebab boleh duduk lagi kalau tak masuk air, tapi malangnya... hmmm.. lari ajer lah..
Tengok tu, sampai buku lali tu.. punya la dalam tasek tu..
erm.. bukan aku sorang jer yang abandon khemah tu.. siap lipat tikar lagi *hehe
Siang, semua orang melawat khemah masing-masing. Khemah aku dah dippindahkan ke tempat lebih selamat daripada hanyut ke tengah laut! hehe..
Apapun, aku tak rasa serik pun nak bercamping. Next time, nak lagi bercamping cuma tapak kena kat atas kawasan daratan sikit.
Sebelum balik, kita lompat dulu!
Full Album: Msjbox Holiday Camp 2009
Msjbox Family Day: Cherating Holiday Camp 2009
Dulu, sebenarnya aku memang tak berapa minat sangat dengan aktiviti sebegini. Entah lah aku pun tak pasti kenapa, meby sebab tak ada kawan-kawan yang suka dengan aktiviti sebegini agaknya.
Kemudian, pada awal tahun 2008, masa tu si Shai nak buat aktiviti Msjbox kat luar KL (dan bermalam) buat pertama kali. Plan nak buat kat PD.
Nak duduk kat resort/hotel, tak mampu. So bincang-punya bincang, maka cara terbaik ialah camping. Masa tu, punya lah semangat, aku siap beli set camping baru dan pasang dalam rumah! Test power sikit! hehehe
Khemah aku! Kalis goyang lagi! *muahahaha
Semenjak dari itu, aku terus minat untuk camping. Save bajet satu hal, dan boleh pacak kat mana-mana pun satu hal, dan boleh guna untuk tempat tukar baju pun boleh jugak. Cuma aktiviti goyang-goyang khemah adalah terhad!
So, untuk tahun 2009, walaupun Msjbox jarang ada aktiviti camping, tapi aku sering bawak set camping tu kemana-mana. Letak jer dalam bonet kereta!
Untuk Msjbox Family Day, Lin dengan semangat waja telah mengajak untuk bercamping nun di Cherating. Aku pun teruja beb! hehe.. I love camping!
Selepas Holiday Camp 2008 di Sedili, seterusnya untuk tahun 2009, sesi cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi di Cherating. Matlamat acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama bloggers, pengguna Msjbox dan sesiapa sahaja yang turut serta.
Program Holiday Camp ni terbuka kepada semua bloggers dan tidak terhad kepada pengguna Msjbox sahaja.
Tarikh: 25 Dis & 26 Dis (Jumaat & Sabtu) - 2H1M
Lokasi: Cherating Beach, Pahang.
Pengurus: Lin (014-310 3252)
Penasihat: Junaidix (013-242 8605)More Info: http://my.msjbox.com
Maka dengan itu, marilah kita beramai-ramai untuk bercamping! *hehe
Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim
- Tarikh: 11 Oktober 2009 (Ahad)
- Masa: 9 pagi
- Lokasi : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor, 118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Johor.
- Berkumpul: Rumah Lin di Bukit Indah, atau di stesyen Petrol Caltex KTM.
Kepada semua para bloggers / pengguna Msjbox (terutama di bahagian Johor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya) yang berkelapangan masa, marilah bersama-sama meraikan anak-anak yatim di sana.
Kepada para bloggers / pengguna Msjbox yang jauh di Utara, Tengah, Timur tanah air, Sabah, Sarawak & Labuan, anda juga boleh turut serta dalam aktiviti ini dengan menghulurkan bantuan / sumbangan / duit raya seikhlas hati.
Maklumat Lanjut : [ Klik sini ]
Msjbox FastBreak 2009
Jom kita berbuka beramai-ramai..
more info, visit http://my.msjbox.com
Server Down lagi
Kepada warga Msjbox,
Jam 11.30 pagi, server msjbox telah mengalami masalah teknikal. Tengah merujuk kepada pihak hosting untuk selesaikan.
sekian
Server down
Buat masa ini server msjbox.com sedang mengalami masalah teknikal (sejak 5 pagi) yang belum dapat dikenalpasti. Aku tengah berhubung dengan service provider untuk hidupkan server semula.
Kenduri Acai, Banting
Hari ni sempat lah jugak aku & isteri terchenta pergi ke kenduri Acai di Banting. Acai ni kira warga Msjbox gak dulu. Memula kenduri tu kat rumah dia, tapi di tukar tempat di taman murni. Jauh sikit dari rumah dia. Rumah acai banjir..
Ni kat depan rumah sewa Acai lah kiranya.
Jumpa dengan Haris (betui ke? luper aar.. hehe) . Kekawan Msjbox jugak. lupa dah url blog dia nih.. hehe
macam biasa, kalau time kita sampai mesti orang dok sebuk dah kemas-kemas meja semua. time kenduri Aida dulu pun samer gak. hehe.
bergambar dengan pengantin sebelum balik.
Selamat pengantin baru untuk Acai. Semoga berbahagia selamanya.
Trip ke Melaka – Part 3 (Final)
Ahad, last day sebelum balik ke KL. Berkumpul di dataran pahlawan. Sebelum tu aku temankan isteri terchenta untuk carik barang-barang. Maka aktiviti dah terasing. Setelah selesai, then bertemu di air pancut dlm bangunan tu.
Part ni aku tak berapa ada cerita sangat, so tengok gambar aja lah.. hehe..
perigi Hang Tuah. Diceritakan, digali sendiri oleh Hang Tuah.
so, lepas aja kat perigi Hang Tuah, maka terus lah balik ke destinasi masing-masing.
Trip ke Melaka – Part 2
Since program dah tak berapa menjadi, maka plan gathering telah bertukar menjadi cuti-cuti. Maka haruslah berjalan-jalan. Di sebelah malam, berkumpul pulak dengan telah terkejut semasa membuat kejutan.. hehe..
para hadirin sekalian.. nak makan kat mana wei?
pantang.. asyik bergambar aja!
hehe.. try posing romantik sket..
kincir air.. leceh.. ambik dari dekat roda tak nampak.. dari jauh aja lah.
semua muka dah kelaparan tuh..
and, plan yang sikit kelam-kabut time nak buat simple suprise untuk Yana. memula semua anak-anak pegang lilin, sudah nyer semua kepanasan, bapak-bapak pulak yang kena pegang.. haha..
special nih! siap ada artis.. Fauziah Ghaus.. sukernyer dier..
tapi, yang lain pun tolong sebok gak! haha
tengok la si Chubby tuh.. suker nyer dier.. dari mula tengok artis tu, nak sangat bergambar tapi malu-malu kucen! hehe.. bila dah dapat.. sampai ke telinga senyum!


