Hari Melawat Melaka
Ini merupakan kali ke-2 emak & ayah datang ke KL. Kali pertama, sajer berjalan-jalan kat KL. Kali ni pulak sebab adik aku yang sorang lagi tu nak konvo. Acara konvo adalah di hari Sabtu ini, sesi petang. Hari ini, aktiviti ambil jubah, then terus shoot ke Melaka. Dulu time emak datang KL, tak sempat nak bawak jalan-jalan di Melaka. Maka, kali ini, haruslah meneruskan acara yang suci murni ini *hehe
Acara dimulakan dengan melawat kampus tempat Jemi belajar. Micet. Dapat bergambar kat depat pintu gate pun dah kira ok. First time gak mak & bapak datang kat sini.
Haruslah stop untuk makan. *lapar nih..
Ini merupakan kawasan wajib untuk dilawati. Ni merupakan kali ke-2 aku masuk sini.
Harus la jugak bergambar dengan si captain jack sparrow!
Kat atas dek kapal. *sungguh moden pirates ini..
A Famosa, juga merupakan kawasan-kawasan wajib lawat kalau menjenguk Melaka ini.
Dataran pahlawan, dari atas bukit Famosa.
Orang yang baju itam tu, 3 tahun kat Melaka, ini adalah first time kat sini! *hehe
Ok, ini adalah tempat yang aku nak pegi. Dulu time aku pegi Melaka, tutup aja memanjang. Arini, dapat la sudah aku melangkah masuk kat Istana Melaka ini.
Balirong seri. Memang dah macam dalam pilem PGL.
Ini pulak adalah kawasan tempat sultan golek-golek beradu di waktu malam atau siang.
Memang luas jugak dalam istana ni. Ada 2 tingkat. Then ada satu lorong gelap kat tepi istana yang memaparkan segala jenis pakaian tradisional.
Aksi latar, aku pun tak berapa pasti. sultan tengah marah agaknya.
Ok, gambar penghabisan sebelum bertolak balik ke KL.
Full Album:
Trip ke Melaka – Part 3 (Final)
Ahad, last day sebelum balik ke KL. Berkumpul di dataran pahlawan. Sebelum tu aku temankan isteri terchenta untuk carik barang-barang. Maka aktiviti dah terasing. Setelah selesai, then bertemu di air pancut dlm bangunan tu.
Part ni aku tak berapa ada cerita sangat, so tengok gambar aja lah.. hehe..
perigi Hang Tuah. Diceritakan, digali sendiri oleh Hang Tuah.
so, lepas aja kat perigi Hang Tuah, maka terus lah balik ke destinasi masing-masing.
Trip ke Melaka – Part 2
Since program dah tak berapa menjadi, maka plan gathering telah bertukar menjadi cuti-cuti. Maka haruslah berjalan-jalan. Di sebelah malam, berkumpul pulak dengan telah terkejut semasa membuat kejutan.. hehe..
para hadirin sekalian.. nak makan kat mana wei?
pantang.. asyik bergambar aja!
hehe.. try posing romantik sket..
kincir air.. leceh.. ambik dari dekat roda tak nampak.. dari jauh aja lah.
semua muka dah kelaparan tuh..
and, plan yang sikit kelam-kabut time nak buat simple suprise untuk Yana. memula semua anak-anak pegang lilin, sudah nyer semua kepanasan, bapak-bapak pulak yang kena pegang.. haha..
special nih! siap ada artis.. Fauziah Ghaus.. sukernyer dier..
tapi, yang lain pun tolong sebok gak! haha
tengok la si Chubby tuh.. suker nyer dier.. dari mula tengok artis tu, nak sangat bergambar tapi malu-malu kucen! hehe.. bila dah dapat.. sampai ke telinga senyum!
Trip ke Melaka – Part 1
Jauh perjalanan telah menyebabkan aku merasa bersalah untuk event Msjbox kali ini. Ibarat macam lampu trafik light kat bawah ni.
Erm.. nak kensel terus? Nak proceed?
Aku memang betul-betul berasa bersalah kat semua especially Nad, Kak Moralle & Family, Blushwax + family & Sodep juge. Dan juga, aku berasa simpati atas kejadian Bibie di airport KK. Laptop hilang.
Apapun, trip ke Melaka harus diteruskan sebab semua hotel arrangement telah diusaha bersungguh-sungguh oleh Nad. Namun, kita hanya mampu merancang. Hotel WaterCity yang kononnya begitu indah..

Gambar promo di website Watercity Melaka
Dan.. reality setelah Kak Moralle, Nad & blushwax check-in di resort tersebut..
kosong.. kolam berlumut.. ngerinyer..
setelah Nad "berperang" dengan personnel yang uruskan tempahan, Alhamdulillah, kesemua deposit RM1K dipulangkan dalam bentuk cek. (Sodep tengah uruskan cek, dlm 2-3 hari baru dpt cash)
Operasi mencari penginapan alternatif dimulakan. Akhirnya telah dapat bilik di Mahkota Hotel. Memang betul-betul di tengah bandar Melaka. Sebelah Mahkota Parade.
Aku sampai ke bandar Melaka dalam 1.45pm. Mini Gathering, tentatif asal 2pm di Kota Melaka (A-Famosa, kat dataran pahlawan). Namun, kesemua tidak menjadi. Yang lain-lain masih di serata alam. Ada yang baru balik dari berendam kat gunung, ada yang buat kejutan (Lin, Shai, Kasawari) then terkejut tak ada bilik kosong. Merata carik hotel. Termasuk la CheMat, sedikit ketinggalan untuk memberi kejutan, pun terkejut jugak.
Last-last, memang konpem gathering tak menjadi. So kitaorang pun pegi la makan di Nandos sambil semua dengan aktiviti lasak masing-masing.
tetiba lak si Rosli belanja makan. Terima kaseh. murah rezeki.
selepas makan, kitaorang pun pun memulakan aktiviti berjalan-jalan kat dataran pahlawan. since semua dah naik kat kota atas bukit tu, then semua dok sepakat naik beca. RM20 untuk 30minit. Hentam sajalah.
kami semua bergerak naik beca sampai ke rumah merah, then pit stop di kapal besar. Naik kapal pulak. RM3 per entry. jom..
pintu masuk kat belah belakang
tinggi dan besar kapal ni. kat dalam ada 3 tingkat.
kena bukak selipar/kasut untuk masuk kat dalam kapal nih. oo.. zaman dulu-dulu memang kena wat macam tu ek?
"pirate" moden. cubaan untuk mengangkat peti harta. hehe
dah penat rasanya naik kapal, then kitaorang semua jalan kaki balik ke bilik hotel masing-masing. nak mandi-mandi. rilek-rilek dulu.
satu perkara tentang bilik kitaorang..
Melaka
memang semalam aku dan isteri terchenta berjalan-jalan di kota Melaka selepas mengambil adik aku di Micet.
Persinggahan pertama: Taman Mini & Asean
kat depan gate. nak masuk nih.
Ekceli, aku pun tak pasti taman mini ni tempat yang macam mana. menurut sumber, taman ni macam ala-ala kampung budaya sarawak. tiket masuk mahal la jugak. rm12 dewasa, rm10 student
ada persembahan. tapi duduk dlm 5 minit, lari dari tempat kejadian. tak berapa syok sangat.
singgah sebentar di Rumah Sabah
kitaorang teruskan berjalan sampai terjumpa lah tempat memanjat ini.
cam syok jer panjat.. apa kata kita try..
dah ready. buang selipar. tulis wasiat. dan tekadkan usaha.
alamak.. ader orang ikut jugak
top of the world! yeay!
naik lagi satu level. sampai jer atas, ingat nak pegi ke seberang then ader orang jerit "ooi.. tak boleh naik!" then kitaorang pun turun lah dengan gayat nyer.
singgah di singapore sekejap. tak perlu passport internasional
ader pulak penggambaran cerita apa ntah
di tangga rumah melaka
dah bosan kat taman mini, then bergerak ke dataran pahlawan. dalam perjalanan, ujan lebat dan jem yang maha dahsat.
tengok nih! kesian isteri terchenta yang tengah driving
beca pun sangkut dalam jem jugak!
so, oleh sebab jem & ujan yang teruk.. plan dah bertukar menjadi melancong dalam kereta sahaja. snap la apa2 yang patut.
lampu isyarat
signboard
muzium belia malaysia
kincir air
selepas 2 jam, then baru lah sampai di dataran pahlawan. hujan masih lagi turun.
trademark datang melaka. gambar wajib. a-farmosa. sambil berpayung.
kota atas bukit
dah alang-alang sampai, naik ajer la atas bukit tu
kat dalam kota farmosa atas bukit
eye on malaysia & menara taming sari
turun. pemandu pelancong turun tangga dalam ujan sambil main henset.
pandangan dataran pahlawan dari atas bukit
turun lah. dah penat dok jalan2 kat atas tu
jejak warisan yang ditutup. ader ke patut?
duk rehat kejap. lapar dah nih. aku, azmi, carneyz
heritage gallery
pintu masuk mengadap melaka trade mall
bertolak balik ke kl dalam kul 9.30 and sampai giant batu caves dalam 10.45pm untuk beli barangan raya. hehe.