Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

8Nov/086

Celcom Broadband: You’re terminated!

Setelah 1 tahun 8 bulan aku menggunakan Celcom 3G Brodband kat rumah, maka sekarang dengan rasminya aku telah men terminate celcom broadband tu.

Sebab utama terminate:

  1. Network coverage tak stabil. 5 minit connected, then 5 minit kemudian disconnect! Dah penat bersabar dan membayar bil setiap bulan.
  2. Tak der modem 3G sebab time aku register, modem kena beli asing dalam RM600 lebih. Tapi aku tak beli pun sebab guna henpon aja.
  3. Baru subscribe Streamyx sebab line telefon baru masuk rumah selepas 1 tahun lebih duduk kat sini.
  4. Carneyz ada Maxis Broadband. Dah jadi primary connection pulak dah.

Namun begitu, mereka tetap cuba untuk retain sebab tu la mereka beri tempoh 3 bulan. Andai kata dalam tempoh 3 bulan tu aku termimpi nak guna celcom lagi, maka aku tak perlu untuk bayar one-time cost macam setem, deposit dan sebagainya lah. Hmm.. asalkan bil tak jalan, so ok lah.

P/s: tengah guna Maxis broadband sekarang ni. so far, tak la seteruk celcom broadband kat area aku nih.

P/p/s: line telefon prepaid aku still celcom gak.

  • Share/Bookmark
5Nov/082

Streamyx: In a Box

Cerita ini adalah susulan dari tahap tensen aku dengan kerenah bill adjustment tmnet yang lepas. klik sini kalo nak baca lah.

So, petang tadi aku pegi apply streamyx untuk rumah aku yang baru 2 bulan masuk line telefon rumah setelah hampir 2 tahun duduk kat sini. akhirnya..


Streamyx in-a-box

Aku apply streamyx ni sebab celcom kat area rumah aku memang selalu pening-pening. kejap connect.. kejap disconnect.. kejap tak boleh connect lansung!

Sekarang ni aku ada Celcom Broadband. Carneyz lak ader Maxis Broadband. Selalu aku pakai Maxis nyer la. Hujung minggu ni nak terminate terus Celcom Broadband selepas lebih setahun guna. 3 kali tukar pakej.

Ok, balik ke cerita streamyx. Lepas dah apply dan dah dapat modem tadi, still kena tunggu 3 hari bekerja. Then lepas tu baru boleh start nak pasang dan install semua tu lah. hm.. tengah dok tunggu la nih.

P/s: Bill adjusment aku still tak setel lagi kat tmnet sebab diaorang kata aku tak notify pulak. Hampes tul. Memang sah la sistem TMPoint tu tak berapa relevan sebab dia tak notify tmnet. Kena la pulak nak merayu semula. isk.. isk.. tmnet zaman sekarang nih..!

  • Share/Bookmark
14Apr/084

Weekend yang panjang


"Menanti Kasih"

Dapat jugak kitaorang jumpa Kak Norz kat pesta buku antarabangsa. Kamera tak bawak, sudahnyer cilok gambar dari blog dia. hehe..

Unik nyer novel ni, url Msjbox.com & Junaidix.net ada kat bahagian penghargaan.. Tak penah terfikir dapat masuk gak dalam novel walaupun tempias sikit tu.. Terima kasih untuk Kak Norz!


160GB external hard disk yang carneyz beli kat PC Fair. Penat gak berjalan mencarik nih.. sekali tengok casing, terus la ader orang kata..

"Nak..! Nak..!"

Nasib baik la masa dia cakap tu tak lompat-lompat sambil tepuk tangan.. hehe.. sabor jer aaa..


Maxis Broadband.. ni kes sebelum citer hard disk. Bendalah ni tak termasuk sikit pun dalam to-do list.. tapi oleh sebab kata-kata manis promoter itu, so kitaorang pun amik keputusan untuk subscribe dalam masa 7 hari (Cool-off period).

Ini semua gara-gara Celcom 3G yang aku ada sekarang macam selalu drop.. kejap connected lepas tu disconnected. Terpaksa la pulak nak kena connect balik.. dulu masa awal-awal setahun yang lepas, masalah ni tak der pulak.. apa nak jadi ngan celcom nih..

Tengok la dalam proses percubaan 7 hari nih, kalo aku rasa ok then aku amik la tapi kalau lebih kurang jer, kensel jer la..

Fakta:
Maxis Broadband - up to 3.6MB - RM128/month - Free modem
Celcom 3G - up to 3.5MB - RM98/month

  • Share/Bookmark