Apam Mekar: Experimen di hari cuti
Memang syok kalau cuti panjang. 3 hari ini, aku dengan isteri terchenta tak kemana-mana. Duduk rumah saja. Dengan tiba-tiba, isteri terchenta teringin untuk membuat kuih Apam Mekar. Al-maklumlah, dia kan suka makan kuih apam tu. Kalau beli kat kedai, 3=RM1.
Aku yang dok tengah duduk di depan pc, terpaksa sanggup untuk meredah hujan semata-mata untuk membeli satu bahan ramuan lagi: susu segar.
Dipendekkan cerita, proses men-campurkan segala macam bahan-bahan berjalan dengan sungguh lancar. Jangan tanya aku apa bahan-bahan nya sebab aku dok jadi kamera-man untuk snap gambar-gambar aja.
Capurkan tepung. Sila pastikan putih telur sudah dipukul kembang ya tuan-puan.
Gaul sampai sebati secukup rasa.
Asingkan adunan. Letak pewarna ikut feveret masing-masing.
Namun, semua keseronokan membuat kuih Apam Kembang hancus sebab lain yang dirancang, lain pulak yang kembang! Trajedi sungguh..
Akibat leka tengok tv, hangus periuk belanga!
Adeih.. dah la apam tu tak sempat mengembang, plastik tempat kukus cair pulak tuh! sungguh la..
P/s: apa pun, ni batch ke-3 yang hancus. 2 batch sebelum nya dah pun selamat dimakan.
P/s/s: susah sikit la nak buat laksa serawak lepas ni.
inovasi masakan terbaru
walaupun pahit untuk ditelan disebabkan nasi yang dimasak sudah hangus [ cerita kat sini ] beberapa hari yang lalu, tapi itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang!
untuk cubaan yang seterusnya, aku telah membuat beberapa perubahan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, tapi sebelum itu perkakasan hendaklah bersih.
pastikan mangkuk berada dalam keadaan yang bersih lagi suci dan murni.
dan kemudian, masukkan segala macam bahan-bahan yang diperlukan dengan secepat mungkin untuk mengekalkan rasa dan aroma yang enak
tadaaaa..! dah pun siap makanan aku untuk malam ini.
p/s: anda juga boleh mencuba resepi ini di pasar malam yang berdekatan
Bila isteri tiada dirumah
selalunya kerja-kerja memasak dilakukan oleh isteri untuk suami. apa akan jadi sekiranya si suami pulak yang terpaksa memasak di kala dalam keadaan darurat?
suasana darurat dikelasifikasi sebagai:
- isteri lepas bersalin dan dalam pantang
- isteri penat
- isteri pergi berkursus
si suami akan melakukan banyak benda-benda pelik ketika dia memasak sebab matlamat utama ialah hendak makan. rasa yang sedap dan hiasan yang menarik adalah dikecualikan dari penilaian tahap kelaparan.
si suami akan:
memasak dengan menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sayuran.
memasak nasi dengan periuk elektrik di atas dapur gas
namun begitu, hasil daripada usaha yang gigih untuk memasak, lihatlah hasilnya sendiri:
sayur brocoli yang digoreng enak. sesuai untuk fastfood.
p/s: antara penyebab nasi hangus ialah si suami sedang membuat posting ini semasa menunggu nasi masak.
Tipikal Weekend
Sajer nak posting gambar nih.. erm.. aku pun dah luper apa nama daun nih. huhu..
Mr. Crab
Dalam keadaan kegawatan kewangan kitaorang sebab akan ada aktiviti yang sangat la diluar kemampuan pada penghujung bulan ini, tapi sempat la jugek nak makan mr.crab ini! :p
Masakan ini dinamakan mr.crab masak merah! nak tau resepi lanjut, kena tanyer chef carneyz atas hidangan yang lazat dan lemak berkrim ini! hehe..
Tart Telur
Malam tadi, sempat lagik nak buat experiment "Tart Telur". Ini sumer Carneyz nyer keazaman yang begitu membara untuk buat. Aku tolong tengok dan tolong mengacau yang buat keja tu jer la.. hehe
Bahan-bahan ( 30 keping )
• PASTRY
• 200g butter
• 80g gula aising
• 360g superfine flour
• 1biji telur
• 1/2 sudu kecil esen vanila
• FILLING :
• 1 cawan susu cair
• 4 biji telur
• 1 cawan gula
• 1 cawan air
• 1 sudu besar tepung kastard
• 1/2 sudu kecil esen vanila
• pewarna kuning
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
p/s: ekceli resepi ni pun amik dari internet jugek. ader berlambak. korang search jer :p



