Madrid Spain (Day 4) – Part 2
Dari stesen metro Casa de Campo, then sesat sekejap nak ikut arah mana untuk pegi zoo sebab dah macam tak der sign board sangat..
main redah jer taman kat sekitar tu..
akhirnya sampai jugak kat zoo nih..
Tarifas.. adulto.. 15euro.. hentam sajalah.. hehe
masuk-masuk jer burung kat atas pokok tu jerit2.. nak bertelur agak nyer.. then meneruskan berjalan lagik..
my best shot.. burung kakak tua tengah landing..
ekceli ni adalah persembahan oleh burung-burung.. 30minit
ni dah penutup dah nih.. diaorang lepaskan semua sekali gus.. tapi baik pulak burung-burung tu nak masuk sangkar balik.. pelik..
kebetulan lak ader show anjing laut.. layaaaan..
singgah aquarium.. biasa2 aja.. lagik syok aquaria suria klcc..
kangaroo & merak.. pun malas gak.. hehe
gambar kenangan dulu sebelum balik.. dah tak pegi lagi dah..
cam dalam pilem himdustan.. ehehe..
dah setel zoo, then patah balik ke hotel tempat carneyz conferences.. dia abis awal arinih sebab dah last day. so the program continues..
p/s: dapat update pepagi buta ni sebab baru lepas hantar carneyz kat stesen klsentral.. outstation kat jb
Madrid Spain (Day 4)
Hari ke - 4. Kalau semalam satu tempat jer nak pegi, so hari ni nak pegi jauh sikit. Nak naik keta kabel! yeah!
Stop kat stesen Argueles.. then jalan kaki ke arah yang sepatutnya..
Tetapi tersampai lak kat tempat ni.. apa nama eh? sesat lak.. then patah balik.. huhu..
Then, dah 3 kali salah masuk simpang, then nampak sign teleferinco.. yeay! akhirnya..
malangnya, bukan season.. hampes! wat penat jer jalan.. adoi lar.. patah balik masuk metro..
next destination.. casa de campo.. nak pegi zoo ..
bersambung..
Madrid Spain (Day 3) – Part 2
Dah setel pegi Las Ventas, then pegi jemput Carneyz macam biasa dari conference then pegi jenjalan semula..
Kat depan Palacio de Communicaciones
Kat depan Plaza de Independencia
Madrid Spain (Day 3)
Pagi, lepak jer kat bilik. Tak tau apa nak buat. Belek2 majalah yang hotel tu provide, then aku pun ternampak satu benda pasal orang laga-laga lembu.. maka.. then aku pun tengok maps.. dan inilah dia.. Las Ventas!
Las Ventas.. tempat bunuh lembu-lembu..!
Patung tu.. kira otai bunuh lembu-lembu lar..
Dah alang-alang sampai, maka beli tiket masuk untuk jalan-jalan kat dalam..
tengah tunggu untuk masuk, then taklimat..
lepas tu, pegi masuk kat dalam..
Madrid Spain (Day 2)
Video hari sebelumnya dalam perjalanan pulang ke hotel.
Malam hari kat madrid mmg sejuk! Oleh sebab terasa sejuk, aku pun "ON" la heater kat dalam bilik. Tak lama kemudian, carneyz lak ngadu panas.. So kitaorang tutup heater, then bukak tingkap kasi angin sejuk masuk.. Natural aircond katerkan.. Sekejap jer.. Then sejuk la bilik tuh. dalam kul 4am (11am mesia) mcm tu mata aku dah tak bley tido lagik.
Bangun... Layan tv bahasa spanish! Hentam jer la.. Tengok gambar jer.. Hehe.. then tak lama kemudian, carneyz lak bangun.. Aku dah siap2 mandi sumer. Maka.. Proses planning untuk trip petang lepas waktu conference pun dimulakan.. Sampai la waktu subuh. Kat sini subuh dlm kul 6.30am.Kiblat ke arah timur. Yg ni aku dah check siap2 kat internet, then kat sini just pakai compass jer. pegi turun sarapan, then carneyz pun pegi conference.
Minum pagi, then keluar pegi stesen bas
Aku memang sengaja turun lambat sikit. dlm kul 9.30am, aku pun mula melangkah keluar dari hotel.. Dengan satu matlamat.. Mencarik stadium real madrid! Hehe.. Rugi tak pegi..
Posing kejap.. hehe.. then lalu atas jejantas.
Dah alang2 kat sini.. aku jalan kaki ke stesen bas. Dlm 10minit gak la..Sampai ke stesen bas, tunggu bas jap. Kat sini bas kejap jer. Aku tunggu tak sampai 5 minit bas pun dah sampai. Meby sebab arini hari isnin. Orang ramai g keja.. Tu yang vas cepat sikit kot. Bila aku masuk bas dan aku pun kasi tau..
"avanida de amarica.." sambil menghulurkan 10€.
"#+!7\-_@1€&=+-?" tanyer driver bas tu..
"no" jawab aku selamba jer.. Aku tak paham sepatah pun driver bas tu cakap per..
Tapi aku agak dia tanyer pasal duit kecik kot.. Hentam sajalah.. dengar aku jawab macam tu, dia pun terus print tiket & kasi baki.
Jalan jem jugak kat madrid nih.. highway tuh! then Salida tu maksudnya "Keluar"
Hmm.. Betul la kot dia tanya pasal duit kecik :p ikut plan, aku kena naik metro line 6 ke Neuvos ministerious. Then dari situ, aku kena exchange ke line 10 ke santiago bernabeu. sampai ke santiago, then aku pun keluar..
Estadio Santiago Barbenue.. Akhirnya!
Then terus nampak stadium real madrid! Dlm hidup aku mmg tak penah termimpi nak pegi ke stadium real madrid nih.. So aku pun snap.. Snap.. Dan snap lagi. then aku pun pegi dekat ngan stadium tu konon-konon nak carikk angle yang best sikit untuk bergambar kat tepi stadium tu. Jalan nyer jalan..
Aku ternampak lak papan tulis "Tour de Santiago". Dlm hati aku, ni sudah bagus. Then aku puin puising la stadium tu nak carik kaunter jual tiket. Sekali tempat jual tiket tu kat tempat yang aku memula sampai tadik.. Huhu.. Tawaf stadium jap.. sampai kat kaunter, aku tanya berapa harga tiket untuk tour tu..
Then tanpa fikir panjang, tiket harga 15€ tu pun aku beli.. Maka berjalan dlm stadium real madrid la aku ini.. Hehe dalam tour aku tu, ader byk jugak la gabar yang aku ambil.. Termasuk la video tempat2 yang aku lalu dlm tour tuh.. Aku rasa ada la dalam 30minit kot. Aku tak reti sangat nak citer pasal real madrid nih..
Tiket Tour & berbaris untuk masuk
orang tengah wat keja.. baru lepas match malam tadi.
ramai gak orang lain yang pegi..
lepas match memang cam ni pun..
Dah abis tour stadium tu, then aku pun terus pegi ke plaza de espana. Pun guna line 10 jugak. Kat situ aku nak survey tempat2 yang carneyz dah tanda tempat yang kena pegi arinih. Dari stesen espana tu, aku redah jalan nak pegi carik Temple de debad. On the way nak pegi tu jumpa lak Cadarso.. Erm.. Mcm public nyer tempat gak la.. Tp cun gak.
Lepas tu aku redah lagi.. Sampai la jumpa temple tu. Dah setel, then redah pegi carik Palacio Real (Real Palace). Ekceli lepas jumpa palace ni, aku dah rasa penat kaki. So aku ingat nak balik dah nih. So aku pun mencarik stesen metro terdekat ngan area tu. So redah lagi pegi ke Opera. Sekali dah sampai... Ek eleh..
Rupernyer tempat yang kitaorang dah siap snap2 gambar.. Maka otomatik aku teringat kedai kebab yang aku makan semalam.. Maka berenti rehat la dulu.. dah ilang penat sikit, so aku pun nak pegi mencarik beruang yang jugak ada kat area Sol. Dah tu aku teruskan lagik mencarik Plaza dela Cibeles, Plaza Independencia.. Dan last sekali taman avanida de mejico! Fullamak.. Best la taman nih.. Ader tasik lagi.. Aku jalan satu pusingan, then aku pun nak balik ke hotel tempat carneyz conference. macam biasa, balik guna metro ke avanida de amarica semula.
Then aku pun beli tiket bas.
"Al-Cala" sambil tunjuk kat bas no 223 yang aku naik semalam dan kasi duit 2€
"!§#*&!" kata penjual tiket tu
"huh!" aku wat muka kompius.
"*#!#@!" sambil tunjuk tiket
"Ooo.." aku cepat2 keluarkan duit lagi 10sen.
"macam mana bley jadi 2.08€ ni?" bisik aku dalam hati.
Semalam aku naik bas yang sama tak sampai 1€ pun. aku malas nak banyak soal.. Lagipun tak reti nak soal dalam bahasa spanish. Diaorang ni bukan nyer nak cakap english pun.. Tak per la..
Huhu.. Aku amik tiket dan terus naik bas! Rugi aku 1€ .. Bley wat tambang metro tuh!
Sampai kat tempat carneyz conferences, so kitaorang terus keluar semula ke bandar untuk pegi ke tempat yang aku dah survei tadik.
muka ceria lepas keluar conferences
Mto a Cenantes.. betul ke eja nih?
erm.. monumen apa ntah nama nyer nih..
on the way ke Palacio de Real.. dan dah sampai pun
banyak patung-patung.. raja-raja terdahulu
kat depan Plaza de Oriente.. still kat depan palace
dah on the way balik.. kat depan Oso y Madrona (beruang tu la.. hehe)
so, tu la perjalanan hari ke-2 kat madrid nih..
Madrid Spain Trip (Day 1)
Trip ke madrid ni memang plan yang agak gila2 gak. Ekceli carneyz ada conference kat madrid. Tapi tetiba jer aku mecelah. Pegi ni pun dengan ehsan dia & Liza (kakak dia) yang sudi kasi aku pakai duit dulu bagi pihak aku. Kalo tak, carneyz & kakak dia yg pegi.
Prepare passport & Euro, baju sejuk, glove & tutup kepala!
Kitaorang bergerak dari rumah dalam kul 8.30pm. Nak kena singgah kat rumah Acai dulu kat banting sebab nak tinggalkan keta kat rumah dia. Tima kaseh Acai sebab sudi jaga keta kitaorang tu.
Kitaorang bertolak dari klia dlm pukul 11.30pm (waktu mesia) ke Amsterdam, Netherlands (Holland). Perjalanan makan masa 12jam. Flight KLM yang kitaorang naik tu 2 tingkat (Boieng 747). Tp kami kena duduk kat barisan tengah. Sempit beb! Bila aku try nak lunjur kaki jer kena kaki orang kat depan. Dah la kat seat tu takder tv! Bosan.. Bosan.. Tv mmg ada la tp tergantung kat siling. Sumer orang tengok tv yg sama.
In-Flight entertaiment?!, sedikit makanan,.. part yg last dah tu!
Makan lak, macam biasa2 jer la.. Aku rasa Malaysia Airlines nyer makanan lagik syok. Tak sempat nak amik gambar sgt sebab dah ngantuk. Dan oleh sebab tak boleh nak lunjur kaki sangat, terasa kebas la jugek kaki aku. Kena g jenjalan untuk strech kaki & badan.
Kat dalam kapal terbang.. peace!
Kitaorang sampai ke airport Amsterdam dalam kul 5.30am (gmt-7) dalam kira2 kul 2.30pm (waktu mesia). Dengar dari pengumuman kapten kapal, suhu kat amsterdam 9 celcius! Fuh sejuk tu.. Aku masa nak naik flight dari klia lagik dah pakai baju sejuk siap2.. Hehe.. Aku kan tak berapa byk isi.. Konpem bley gigil nyer!
Transit kat Amsterdam dalam 1jam 30minit jer..
Sampai2 jer terus bergegas keluar. ekceli amsterdam ni transit jer. So tukar ke gate lain lak untuk ke madrid. Flight ke madrid kul 7am (4pm waktu mesia). Tp kat sini masih gelap lg la. Tp sebelum tu singgah sekejap kat toilet untuk buang bahan2 yang tak berkenaan. Then masa bukak paip.. Alamak! Sejuk giler.. Macam air ais! Korang bley bayangkan la air air yang diguna untuk rendam air kotak time kat pd aritu.. Hehe.. Mcm tu la sejuk nyer.. Huhu..
Masa nak pegi ke gate D66 untuk ke madrid tu, sumer orang kena lalu imigresen. Fuh! Punyer la ramai.. panjang giler barisan. Sampai turn aku, cepat aku ajak carneyz untuk check sekali sebab nanti pegawai tu tanyer konpem payah nak menjawab. Aku nyer english ni merangkak2 gak :p Dan mmg betul firasat aku, dia tanyer apa tujuan ke Madrid.. Kasi carneyz jawab then dia just tunjukkan email yang dia dah print siap2 pasal conference tu. So takder byk songeh sgt.
Nak ke kaunter Imigresen, dan kena beratur panjang tuh!
Yeay! Cop international pertama kas pasport aku! Jakun jap! hehe
Tengah kat dalam boarding area.. tunggu last call baru masuk! hehe
Dah lepas dari kaunter imigresen tu, kena lak pegi scan semula semua beg yang dibawak. Termasuk la tali pinggang aku pun diaorang suruh masuk dlm mesin x-ray tuh! Huhu..
Flight ke Madrid lak mengambil masa 2jam dari Amsterdam. Tapi kali ni kapal Boeing kecik. Takder la kapal terbang dua tingkat mcm dari KLIA ke Amsterdam tadik.
Kat luar tingkap.. dah nak sampai.. benua Eropah tuh!
Dlm flight tu, kapten announce yang kapal terbang tengah lalu atas Paris, Eifel Tower semua. Tp bila aku tengok kat luar tingkap.. Hampes.. Tak nampak lak Eifel Tower tuh.. Huhu..
Dlm flight ni diaorang hidang roti. Tu jer. Pastu air teh, kopi, coke.. Boleh pilih la yg mana suka. Aku hentam kopi jer..
Makanan ringan dlm flight ke Madrid.. roti telur jer!
Landing kat madrid dlm kul 9.30am (waktu Madrid). Tapi sebelum tu kapten sekali lagi wat announcement kasitau yg cuaca kat spain mendung & suhu 8 celcius! Mak aih.. Lagi sejuk dari Amsterdam!
Nampak jambatan aper ntah!.. Dah sampai.. yeay! baru lepas ujan!
Kat airport Madrid, Spain.. akhirnya..! hehe..
Sampai2 jer kat airport Madrid, kitaorang masuk mcm tu jer.. Impresif! Tapi, masuk2 jer sumer kompius.. Cemaner nak g hotel nih? Satu jer kat sini.. Maps semua dlm Spanish! Kalo korang nak cakap english, diaorang mcm nak tak nak jer jawab.. Mcm jepun la.. Kita kena belajar bahasa diaorang.. bab ni yg payah sikit. Last2 tourist counter nyer orang tu kasitau naik teksi jer la.. Maka naik teksi la kitaorang berempat. Smp kat hotel dlm 18euro la jugak.
Tengah blur kat Tourist Counter.. last2 naik cab jer!
The moment keluar jer dari airport, terus kesejukan melanda.. So kalo korang cakap pun mulut keluar kabus mcm dlm citer winter sonata! Jakun jap.. Hehe.. Tp mmg sejuk oooo... Ekceli kat dalam airport tu diaorang pakai heater. Kalo kita kat mesia guna aircond untuk sejukkan dalam bangunan, diaorang kat sini guna heater untuk panaskan bangunan. Tu yg tak sejuk sgt time kat dlm airport tu.
Sampai kat hotel, check-in, then kitaorang pun mandi-manda.. Seb baik ada air panas.. Kalo silap bukak kena la air ais! Hehe.. Gigil jap ;p
Lepas mandi & rehat2 jap, sumer plan nak g jenjalan. Memula nak g carik tempat conference.. Tapi rupanya dekat jer.. Jalan kaki pun boleh. Ini pun tau dekat sebab taxi driver kat hotel tu drop kitaorang kt depan bas stop betul2 kat depan hotel tempat conference tu.
Bilik air yang kosong! Seb baik bekal sabun.. huhu..
Kat bas stop tu, kitaorang sumer blur. Nak naik bas no berapa & ke stesen mana. Then aku pun tengok la betul2 info kat stesen tu.. Wat2 paham jer sebab sumer dlm bhs Spanish. Bila aku tengok semula map train Metro diaorang, kebetulan ada satu persamaan.. Avenida de america! Ya betul.. Itu lah stesen yang kitaorang patut pegi. Tapi nak naik bas no berapa pun tak kesah sebab macam sumer menuju kat situ. Then main naik jer la.. Bayar 1 euro sorang.
Direction nak naik bas dalam Spanish!
Sampai jugak.. Av America.. So beli tiket Metro
Dah sampai ke Avenida de America, kitaorang kompius lagi. Cemaner lak nak g city center.. Nak naik train no berapa.. Tengok nyer tengok.. Maka akhirnya sumer ikut train line 6 dan line 1. Turun kat stesen Sol.
Kat depan Stesen Metro Av de America
Kat madrid ni, ader byk line Metro. Macam kat KL ada 3 jer.. Star, Putra & Monorel. Tapi kat Madrid diaorang ada satu nama iaitu Metro tapi ader 12 line. Kena pilih la line yang mana satu sesuai. Dan yang penting, berapa banyak exchange yang di ambil, harga one way hanya euro 1! Impresif!
Nak pegi naik Merto nih.. isk.. isk..!
Dalam stesen Metro Av De America
Biler la Metro nak sampai! hehe.. akhirnya..
Dah sampai kat Sol, then mmg betul punyer la ramai manusia.. Dan sejuuuuuk! So kitaorang pun mula lah sesi bergambar.. Snap kat situ.. Snap kat sini.. Snap kat sinun! :p
wahai manusia.. apsal korang ramai sangat aar!
Kat sini pun ader KFC! Masuk satu restoran tapi tak kena layan.. blah jer la..!
Dah lapar la pulek.. Ni bab yang paling susah jugek.. Aku tak reti sangat bab makan kat sini.. So aku serahkan kat isteri terchenta wat choice.. Sebab dia dah ader experience g kat Paris.. So bley la dari x der experiences lansung mcm aku nih.. Dan at the end kitairang singgah kat satu kedai Kebab Istanbul. Bila ditanya "halal", dia kata ya.. So kitaorang pun ngap jer la.
Dah setel makan, kekonon nyer nak pegi carik souvenir & naik Madrid Vision. Beli souvenir awal2 sebab nanti takut tak sempat sebab conference. Then kitaorang pun jalan main redah jer.. Takder klu nak pegi mana dan dari mana.
Kitaorang patah balik ikut Sol sebab kat situ orang ramai sikit. Then jalan lagi.. Jumpa satu kedai sovunir.. Dan terus beli sovunir kat situ jugak. Dan setel, nak keluar dari kedai ari lak ujan! Uuu... Sejuk!! Kensel plan nak naik Madrid Vision. So sumer pakat nak balik & rehat sebab penat. W/pun jam kat madrid baru kul 6pm, tapi kalo waktu mesia dah pukul 3pagi! Tu la yang dikatakan jet-lag.. Badan yg sepatutnya dah tidur nyenyak atas katil, tapi masih lagi berjalan2..
Very the penat!