Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

8Feb/091

Rumah Amal Baitul Kasih

pagi-pagi lagi kitaorang telah bergerak untuk ke sg buloh. oleh sebab macam tersampai awal, then minum dulu kat mcd. dah setel minum, dah dekat2 nak kul 10, then pegi ke rumah Baitul Kasih.

lokasi rumah ini ialah di rahman putra. sebenarnya ini adalah rumah kedua. yang pertama adalah di rawang seperti dalam gambar pada artikel sebelum ini. merekan baru menduduki rumah ini pada beberapa bulan yang lepas.


sesi bergambar selepas sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti sukaneka.


sebelum itu, makan durian dulu


sukaneka


masa untuk makan kek pulak.


masa untuk hadiah.


ini tak termasuk dalam aktiviti rasmi. semua kota-kotak tersebut telah menjadi tempat permainan diaorang. siap ader yang macam nak gaduh2 lagi sebab nak main dalam kotak-kotak tu.


tengok aja lah diaorang ni bermain dengan kotak.

  • Share/Bookmark
5Feb/093

Rumah Amal Baitul Kasih

Kepada warga Msjbox yang budiman & dermawan,

Pengenalan:
Rumah Amal Baitul terletak di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Menempatkan 19 orang anak2 yatim serta OKU, tapi sebenarnya penjaga rumah ni ada menyewa dua buah rumah lain untuk menampung 20+ anak2 yatim. Jumlah anak yatim semuanya ialah 40+ orang.


Keadaan Rumah Baitul Kasih

Sumbangan diperlukan:

  1. Pampers bayi (saiz M& L) & orang dewasa (untuk remaja OKU)
  2. Susu bayi (Dutch Lady 1-2-3)
  3. Barangan peribadi i.e. ubat gigi/syampu/sabun/berus gigi
  4. Pakaian2 terpakai (yang masih elok & sesuai untuk kanak2 berusia dari 1-17 tahun)
  5. Milo
  6. Beras / gula / tepung gandum - barangan dapur
  7. Alat2 mainan
  8. Buku cerita kanak2 / buku teks / buku2 agama
  9. Kipas angin (standing fan)

CSR:
Ini adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kompeni tempat carneyz bekerja. Aktiviti ini adalah pada 8 Feb 2009 (Ahad).

Tarikh Akhir:
Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh menghantar barangan tersebut di rumah kami (Junaidix & Carneyz) selewat-lewatnya pada 7 Feb 2009 (Sabtu) kerana esoknya kami terus bergerak ke Sungai buloh. Kalau anda rasa tidak sempat untuk berbuat demikian, anda juga boleh menghantar terus ke Rumah Bakti Baitul Kasih. Alamat, No telefon boleh didapati di laman http://baitulkasih.com

Sekian, terima kasih.

p/s: kalau nak join kitaorang pun boleh juge.

  • Share/Bookmark