Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

6Mar/105

Free Wifi di Masjid KLCC

Hari ni aku kena jadi drebar, mengerah keringat, untuk menghantar isteri terchenta ke ofis pada hari cuti ini! Iyer.. isteri saya memang sungguh impresif.. hehe

Selepas hantar dia, so aku pun pusing-pusing dulu kat area Time Square, mencari kedai printing member aku yang kat area situ. Fuh, memang sungguh banyak kedai printing kat situ, merangkap kawasan kilang pun ada.

Lepas tu, aku pun plan nak ke startbuck klcc, sebab nak guna internet. Tapi aku sebelum tu aku duduk rehat-rehat kat pondok kat klcc park tu. Bukak laptop, then mula mencari network yang, kalau-kalau yang betul-betul open!

Dan, sungguh aku tak sangka, ada Wifi Masjd KLCC.

Well, since dia open dan tak protected, maka aku bersangka baik yang network tu adalah untuk public. So aku pun connect, dan yang best, ada pulak internet connection! Impresif untuk kali ke-2. *Mesti yang kata kat dalam hati, kalo dah ada wifi, ader la internet!* Erm.. tak semestinya.. hehe.

Dengan itu, aku pun mengupdate lah blog seperti yang korang baca sekarang nih.

Ps: agaknya, ni mesti idea ajk masjid, kalau nak buat masjid ramai orang, letak free public wifi supaya azan jer, semua orang terus pegi solat! impresif utk kali ke-3! :)

  • Share/Bookmark
Tagged as: 5 Comments