Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

11Nov/092

Pangkor Seagull Review

Sebenarnya, aku jarang jugak nak review tempat-tempat yang aku pernah lepak untuk cuti-cuti. Tapi kali ini, disebabkan acara menghabiskan duit ini adalah tidak dirancang, maka haruslah mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelamatkan poket aku sempena percutian terkejut ini pada hujung minggu yg lalu.

Alkesah, cerita bermula dengan melawat tempat CSR kompeni tempat isteri terchenta kat Kuala Selangor. Program CSR tu hujung minggu ini, jatuh pada 14 Nov ini. Dah alang-alang, terus melajak ke Pangkor.

Mula-mula, memang tak nak bermalam. Tapi oleh sebab pukul 4pm baru sampai kat Lumut, maka plan sudah bertukar menjadi bermalam. Haruslah membuat booking on-the-spot untuk bilik.

Lastly, telefon Seagull. Dia kata ada bilik kosong. RM50/malam. Since dah lewat, kitaorang pun hentam sajalah. Ingatkan nak pacak khemah, tapi oleh sebab ada ahli keluarga yang lain, farah & kawan, maka haruslah cari bilik. Lokasi resort ni, memang betul-betul kat teluk nipah tu.

P1160734
Why pay more? *macam Airasia pulak*

Since harga pun RM50, so expectation tu memang kena downgrade! Jangan nak mengada-ngada nak ada full facility macam crowne plaza! :p

P1160736
Tengok area reception, hmm.. macam ok..

P1160737
Lepas ambik kunci, kena ikut jalan belakang.. aaah..! sudah..

P1160738
Jalan lagi sikit, jeng.. jeng.. jeng! Dalam hutan tu.. hutan rimba menghijau..

P1160739
Ni lah rupa tempat untuk aku bermalam.. asalkan boleh tido.. udah ler..

P1160740
Ok.. ok.. cukuplah sekadar aku tunjuk dari luaran sahaja..

Aktiviti biasa, kalau dah sampai kat Pangkor ialah berenang, tengok ikan dan snorkeling. Aktiviti berat tidak boleh dilakukan disini, nanti jiran sebelah rakam!

Kali ini, dah kali ke-3 aku ke pangkor. Gambar pun snap beberapa keping sahaja. Tapi tak apa lah. Dalam perjalan pulang aku telah mendapat "surat chenta" dari Pak Polisi! *Sungguh sadis hati ini!*

p/s: konon nak jimat time cuti terkejut, lain pulak jadinya. Rabak gak poket ini.

  • Share/Bookmark
Tagged as: , 2 Comments
9Aug/091

Menumpang Outstation

Erm, jam ini aku tengah berada kat pantai kemasek, terengganu. tengah menunggu isteri terchenta meeting kat kerteh.


syok jugak, time cuaca redup-redup begini. park keta bawah pokok dan update blog seperti yang korang tengah baca sekarang.

sebenarnya ini merupakan plan yang tidak dirancang. al-maklumlah, keadaan poket kurang mengizinkan sekarang. tapi oleh sebab company dia hantar dia outstation kat kerteh, so aku pun apa kurangnya menumpang kaseh 2 belah kaki. hehe.

seperti biasa, ini kali ke-2 kot aku menumpang kaseh untuk cuti-cuti atas outstation orang lain. hehe. isteri meeting, aku bersuka-ria.

tapi kali ini, meeting isteri terchenta belah petang ahad. so, di sebelah pagi sempat la isteri terchenta bersuka-ria.


aksi lompatan ini adalah shot yang ke-5! al-maklumlah, guna timer.. maka nak melompat pun kena tengok lampu timer kamera tuh!

dah setel melompat-lompat, maka kitaorang pun berenang kat dalam kolam. isteri terchenta dah pandai berenang sekarang hasil usaha kelas berenang yang dia ikut beberapa bulan yang lepas. tapi still kena jaga-jaga jugak sebab kolam tu agak dalam. aku pun sampai paras dagu kalau berdiri.

ok, dalam pada aku tengah update story kat atas tu, hujan turun. tak ada lah lebat sangat. tapi kalau berdiri kat luar tu 8 minit, basah jugak! hehe

  • Share/Bookmark
2Jun/090

Cameron Highland

Over the weekend, we all one family with two car going up to Cameron Highland. Watch the picture ...


one family gathering.. hehe..


have you seen this "si putih" before? thank you very much! hehe

  • Share/Bookmark
26Apr/093

Out of the station

ekceli aku kat kerteh sekarang ni sebab since isteri terchenta out-of-the-station minggu nih. so dengan aku pun tompang berkali-kali..

plan minggu ni nak pegi ke pesta buku, tapi sudah nyer dah bertukar arah la pulak. tak dapat nak jumpa penulis-penulis buku yang femos amos tu..

bertolak dari gombak dalam kul 11.30am, then sampai ke hotel awana kijal dalam kul 3 lebih macam tu la.. check-in, then lepak!

korang tonton jer la beberapa keping gambar kat bawah ni yer ;)


picture frame

p/s: aku balik hari ni kot, sampai rumah mesti dah malam

  • Share/Bookmark
5Apr/092

Trip ke Melaka – Part 3 (Final)

Ahad, last day sebelum balik ke KL. Berkumpul di dataran pahlawan. Sebelum tu aku temankan isteri terchenta untuk carik barang-barang. Maka aktiviti dah terasing. Setelah selesai, then bertemu di air pancut dlm bangunan tu.

Part ni aku tak berapa ada cerita sangat, so tengok gambar aja lah.. hehe..


semua dah lepak2 dah jer nih.


perigi Hang Tuah. Diceritakan, digali sendiri oleh Hang Tuah.

so, lepas aja kat perigi Hang Tuah, maka terus lah balik ke destinasi masing-masing.

  • Share/Bookmark
5Apr/090

Trip ke Melaka – Part 2

Since program dah tak berapa menjadi, maka plan gathering telah bertukar menjadi cuti-cuti. Maka haruslah berjalan-jalan. Di sebelah malam, berkumpul pulak dengan telah terkejut semasa membuat kejutan.. hehe..


para hadirin sekalian.. nak makan kat mana wei?


pantang.. asyik bergambar aja!


isteri terchenta pun..


hehe.. try posing romantik sket..


hehe.. mcm iklan pulak


sungai melaka di waktu malam


kincir air.. leceh.. ambik dari dekat roda tak nampak.. dari jauh aja lah.


berjalan di jonker street..


bang.. kerusi tak cukup lagi!


semua muka dah kelaparan tuh..

and, plan yang sikit kelam-kabut time nak buat simple suprise untuk Yana. memula semua anak-anak pegang lilin, sudah nyer semua kepanasan, bapak-bapak pulak yang kena pegang.. haha..


hepi besday Yana..


special nih! siap ada artis.. Fauziah Ghaus.. sukernyer dier..


tapi, yang lain pun tolong sebok gak! haha


tengok la si Chubby tuh.. suker nyer dier.. dari mula tengok artis tu, nak sangat bergambar tapi malu-malu kucen! hehe.. bila dah dapat.. sampai ke telinga senyum!


masa untuk balik ke bilik masing-masing.. hehe

  • Share/Bookmark
1Apr/091

Trip ke Melaka – Part 1

Jauh perjalanan telah menyebabkan aku merasa bersalah untuk event Msjbox kali ini. Ibarat macam lampu trafik light kat bawah ni.


Erm.. nak kensel terus? Nak proceed?

Aku memang betul-betul berasa bersalah kat semua especially Nad, Kak Moralle & Family, Blushwax + family & Sodep juge. Dan juga, aku berasa simpati atas kejadian Bibie di airport KK. Laptop hilang.

Apapun, trip ke Melaka harus diteruskan sebab semua hotel arrangement telah diusaha bersungguh-sungguh oleh Nad. Namun, kita hanya mampu merancang. Hotel WaterCity yang kononnya begitu indah..


Gambar promo di website Watercity Melaka

Dan.. reality setelah Kak Moralle, Nad & blushwax check-in di resort tersebut..



kosong.. kolam berlumut.. ngerinyer..

setelah Nad "berperang" dengan personnel yang uruskan tempahan, Alhamdulillah, kesemua deposit RM1K dipulangkan dalam bentuk cek. (Sodep tengah uruskan cek, dlm 2-3 hari baru dpt cash)

Operasi mencari penginapan alternatif dimulakan. Akhirnya telah dapat bilik di Mahkota Hotel. Memang betul-betul di tengah bandar Melaka. Sebelah Mahkota Parade.

Aku sampai ke bandar Melaka dalam 1.45pm. Mini Gathering, tentatif asal 2pm di Kota Melaka (A-Famosa, kat dataran pahlawan). Namun, kesemua tidak menjadi. Yang lain-lain masih di serata alam. Ada yang baru balik dari berendam kat gunung, ada yang buat kejutan (Lin, Shai, Kasawari) then terkejut tak ada bilik kosong. Merata carik hotel. Termasuk la CheMat, sedikit ketinggalan untuk memberi kejutan, pun terkejut jugak.

Last-last, memang konpem gathering tak menjadi. So kitaorang pun pegi la makan di Nandos sambil semua dengan aktiviti lasak masing-masing.


tetiba lak si Rosli belanja makan. Terima kaseh. murah rezeki.

selepas makan, kitaorang pun pun memulakan aktiviti berjalan-jalan kat dataran pahlawan. since semua dah naik kat kota atas bukit tu, then semua dok sepakat naik beca. RM20 untuk 30minit. Hentam sajalah.


first time naik beca.


peace! hehe.

kami semua bergerak naik beca sampai ke rumah merah, then pit stop di kapal besar. Naik kapal pulak. RM3 per entry. jom..


pintu masuk kat belah belakang


tinggi dan besar kapal ni. kat dalam ada 3 tingkat.


kena bukak selipar/kasut untuk masuk kat dalam kapal nih. oo.. zaman dulu-dulu memang kena wat macam tu ek? :P


model orang jual rempah ratus


setem pun ada.


hang tuah.


Hang Junaidix. hehe


"pirate" moden. cubaan untuk mengangkat peti harta. hehe

dah penat rasanya naik kapal, then kitaorang semua jalan kaki balik ke bilik hotel masing-masing. nak mandi-mandi. rilek-rilek dulu.


signboard pun klasik.

satu perkara tentang bilik kitaorang..


dilarang memasak!

  • Share/Bookmark
31Mar/090

Melaka preview


Aku & isteri terchenta naik beca.


Nak jadi "pirate" jap

  • Share/Bookmark
30Jan/090

kenangan silam

sambungan cerita di rumah ipin.

konon nya nak singgah sekejap sahaja, tumpang solat maghrib, makan-makan then bergerak semula ke kl, tapi ayah mertua ipin ingin menunjukkan koleksi barang-barang antik beliau yang disimpan sekian lama. ada bilik khas lagi.


kamera zaman dulu. nak kena klik dgn tangan untuk amik gambar.


cawan-cawan lama


kelonsong peluru. khusyuk ehsan tengok tu.


lagi kelonsong yang lebih besar saiz nya.


pemain piring hitam. berapa orang yang pernah dengar piring hitam jenis ini?

klik untuk lihat dan dengar sendiri pemain piring hitam tu. still masih boleh pakai tu. impresif! 


demo pemain piring hitam..hehe


lesen derebar


koleksi matawang lama. duit RM1 cap pisang zaman jepun pun ada.


syok bercerita.


scaf arsenal. impresif!


gambar pemimpin terdahulu, tunku abd rahman (duduk, 3 dari kiri)


gambar ka'abah sebelum pembangunan bertingkat seperti sekarang.


alat untuk land survey.

itu lah yang dikatakan minat untuk menimpan barang-barang antik untuk pengetahuan generasi sekarang. banyak jugak yang aku belajar. sungguh ku tak sangka, singgah rumah ipin, dapat singgah di mini muzium juge. hehe
  • Share/Bookmark
Filed under: Cuti-Cuti No Comments
28Jan/091

melawat pulau pangkor

sememangnya ini adalah satu program terkejut. mula-mula, tak nak kemana-mana time CNY. tapi lepas 2 hari, dah bosan. kebetulan adik-adik semua datang bertandang ke rumah, maka plan terkejut pun dijalankan: pulau pangkor, balik hari!

dari sri gombak, kitaorang bergerak dalam kul 5.30am, berhenti sekejap di kuala selangor untuk solat subuh. then teruskan perjalanan. tiba di lumut dalam jam 9am. beli tiket, sarapan dan naik feri.


amirul (kwn ehsan), ehsan (adik carneyz), roslan (adik aku)


dalam bot untuk ke tempat snorkeling


tempat snorkeling. kat area ini aja ader ikan. dan landak laut juge.

seperti biasa, bila dah sampai ke pulau yang kecik tu untuk snorkeling, kitaorang setup khemah untuk letak barang dan, tido. adik aku tido dalam khemah lepas penat berenang.


we're in pangkor again!

dah penat berenang, kitaorang pun berkemas nak balik dalam kul 5pm. tapi singgah sekejap di sitiawan untuk jumpa ipin. member lama (housemate) kat utm dulu. konon nya sekejap, tapi sampai kul 9pm. nanti aku ceritakan lebih details. hehe


junaidix, carneyz, haziqah, jie, ipin


haziqah, posing lentok baik punya.. anggun gitu!

then dari setiawan, terus bergerak balik ke kl. dan.. telah sesat! adeih.. apa nak jadi.. malam, salah simpang punya pasal.. huhu..

sampai kat rumah dlm 1.30am.

  • Share/Bookmark
Filed under: Cuti-Cuti 1 Comment