Dunia Baru 3 Student separuh masa dah

17Feb/090

Oggy and the Cockroaches

Bila isteri tiada dirumah, apa suami buat?

Malam tadi, lepas jer makan malam dengan sekeping piza, haruslah melayan cerita oggy dan lipas-lipas nakal tuh! Bukak youtube, then search. hehe

3 ekor lipas yang sentiasa menyakat kucen
oggy mengejar lipas-lipas tu semua

Aku pun tak berapa pasti sejak bila aku mula minat cerita lipas-lipas ni, tapi since cerita dia memang la lawak so aku pun layan jer. Setiap episod dalam lingkungan 7-10 minit jer. Pendek macam cerita sinchan gak.

P/s: Orang yang jiwa dia jiwang dinasihatkan jangan tengok cerita ini. korang akan tergolek-golek kebosanan. Tapi kalau korang berjiwa remaja, sangat la disyorkan supaya anda boleh gelak sorang-sorang depan komputer! hehe

  • Share/Bookmark
16Feb/090

Yang semalam masih ok

Bila isteri tiada dirumah, apa suami buat?

Kadang-kadang si suami memang suka melakukan perkara-perkara yang sungguh extreme. Khasnya bab-bab untuk makan.

Setelah si suami pulang dari kerja, bila perut dah terasa lapar, maka si suami akan mula mencari-cari makanan yang boleh di makan dengan kadar segera.

"ooh.. pizza semalam ada lagi" 

pizza malam semalam dalam freezer

Tanpa membuang masa, si suami terus masukkan pizza tersebut ke dalam  oven untuk memanaskan piza tersebut.

dalam proses pemanasan piza

piza yang telah sedia untuk dimakan dengan sebijik epal

Piza dan epal tersebut telah menjadi sajian makan malam untuk si suami. Jemput makan.. hehe

  • Share/Bookmark
21Jan/094

kitaran siang malam

bila isteri tiada dirumah - apa suami buat?

rutin harian si suami akan kembali menjadi satu kitaran kehidupan yang sungguh luar biasa ketika ketiadaan isteri dirumah.

bangun pagi, mandi, gosok gigi, pakai baju. dah 100% siap untuk bertugas seperti biasa. tapi sebelum itu :-


si suami terus online seolah-olah pejabat dia dirumah

setelah seharian di pejabat, si suami kembali ke rumah untuk berehat sambil makan malam yang sungguh istimewa


kacang cap tangan menjadi pilihan!

keletihan si suami menjalani kehidupan seharian sering memaksa dia untuk membuat keputusan drastik untuk melelapkan mata


pilihan tepat

begitulah keadaan yang sungguh luar biasa untuk si suami ini.

p/s: sila baca senarai episod lepas "bila isteri tiada dirumah"

  • Share/Bookmark
11Dec/083

bila selangor cuti

zaman sekarang kira beruntung la jugak sebab time cuti aja kena buat satu perkara yang maha rutin: basuh baju.


terpaksa.. kalo tak, recycle! boleh?

aku ingat lagi zaman aku kecik sekolah menengah, duduk kat asrama. time nak cuci baju lah aktiviti yang sangat mendapat priority yang paling rendah!


kena memberus baju dengan bersungguh-sungguh


berus ijok. ni kes kalau berus yang tadi tu dah ilang kena curi. berus pun bebudak ni rembat.

dan yang paling naya, cicah ngan air lepas tu angkat dan jemur! yg ni aku tak penah buat lagik .. hehe.. kalo buat jugak, konpem baju putih akan ada peta seluruh semenanjung mesia dan juga sarawak!

  • Share/Bookmark
25Nov/080

melawat yang jauh di mata

atas sebab permintaan isteri terchenta, maka aku pun pegi juga melawat dia kat bangi. walhal boleh balik hari aja. tapi aku sewa satu hotel murah kat bangi.


hotel bangi, rm60/night (standard tak der tv)


park keta, check-in


ni bilik aku


tadaaa! nampak kemas la jugak


dah berselerak sikit.


modified sikit sebab meja dia jauh dari power.


ada kedai mamak.

p/s: jadi orang bangi sekejap

  • Share/Bookmark
22Nov/082

hikmat periuk berapi

setelah mencuba inovasi masakan terbaru semalam, aku meneruskan lagi usaha untuk menjadi tukang masak terhebat untuk makan.

dan aku telah mengembara ke satu lorong gelap untuk berguru dengan tok guru "hikmat periuk berapi".


tok guru tengah beraksi. periuk penuh dengan api.


hasil dari "hikmat periuk berapi"

p/s: biasanya ada 2 tok guru tapi mungkin lagi sorang cuti sekolah agaknya.

  • Share/Bookmark
21Nov/086

inovasi masakan terbaru

walaupun pahit untuk ditelan disebabkan nasi yang dimasak sudah hangus [ cerita kat sini ] beberapa hari yang lalu, tapi itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang!

untuk cubaan yang seterusnya, aku telah membuat beberapa perubahan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, tapi sebelum itu perkakasan hendaklah bersih.


pastikan mangkuk berada dalam keadaan yang bersih lagi suci dan murni.

dan kemudian, masukkan segala macam bahan-bahan yang diperlukan dengan secepat mungkin untuk mengekalkan rasa dan aroma yang enak


tadaaaa..! dah pun siap makanan aku untuk malam ini.

p/s: anda juga boleh mencuba resepi ini di pasar malam yang berdekatan

  • Share/Bookmark
19Nov/0812

Bila isteri tiada dirumah

selalunya kerja-kerja memasak dilakukan oleh isteri untuk suami. apa akan jadi sekiranya si suami pulak yang terpaksa memasak di kala dalam keadaan darurat?

suasana darurat dikelasifikasi sebagai:

  • isteri lepas bersalin dan dalam pantang
  • isteri penat
  • isteri pergi berkursus

si suami akan melakukan banyak benda-benda pelik ketika dia memasak sebab matlamat utama ialah hendak makan. rasa yang sedap dan hiasan yang menarik adalah dikecualikan dari penilaian tahap kelaparan.

si suami akan:


memasak dengan menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sayuran.


memasak nasi dengan periuk elektrik di atas dapur gas


masak nasi sampai hangus

namun begitu, hasil daripada usaha yang gigih untuk memasak, lihatlah hasilnya sendiri:


sayur brocoli yang digoreng enak. sesuai untuk fastfood.

p/s: antara penyebab nasi hangus ialah si suami sedang membuat posting ini semasa menunggu nasi masak.

  • Share/Bookmark