Aku dah terminate Astro (finally!), tapi still bill full lagi.. so layan HyppTV, tapi Unifi jadi lembab? apakah!

Yup, aku dengan secara rasmi nya dah tak guna astruk astro kat rumah. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku terminate astro:

1) Central satellite – ┬ásekarang management dah tak hirau sangat maintenance sebab central satellite ni selalu buat hal. Last2 mgmt benarkan semua orang pasang piring sendiri, tu pun kat bumbung tingkat 10 tu haa.. nak pasang kena bayar rm70 pulak tu untuk kabel dan hanya boleh dipasang oleh installer astro yang dilantik oleh mgmt jer.

2) Astro Byond – masuk dua bulan tak ada astro sebab problem ngan central satellite. So aku pun nak pasang jugak la piring sendiri jugak la.. since dah alang2 nak pasang piring tu, so boleh la upgrade jadi byond. Ber-urusan dengan installer yang dilantik oleh mgmt, tapi installer tu kata tunggu call dari astro untuk confirmation dan kasi installer code kat astro. Dalam 2-3 minggu jugak la proses calling2 ni. 1st call aku tak sempat jawab. 2nd call line teruk dan tak berapa jelas nak jawab. 3rd call dapat jawab – so siap pilih package semua and lastly kasi installer code tu. Setel dah ni. Dari tarikh sms order confirmation yang astro hantar, aku kena tunggu almost 3 minggu jugak la. Then astro hantar sms kata tak dapat kontek aku and suruh call balik untuk confirm appointment. Setel buat appointment, astro hantar sms confirmation – siap ngan reminder sekali 2 hari sebelum installer tu datang rumah..

Screenshot_2014-01-06-00-48-21
Siap reminder tu.. tapi hampeh! Tak ada pun installer yang dikata tu call aku and suddently astro hantar sms confirmation kul 4.30pm! Tak ke mangkuk 18 tingkat tu.. dan yang best nyer installer yang dijanjikan tu lansung tak muncul-muncul. Nextm astro hantar lagi satu confirmation sms..

Screenshot_2014-01-06-00-48-33
Tengok.. pukul 8.30am??? ni lagi satu mangkuk.. ok, tak apa aku tunggu.. tapi hampeh jugak.. call 24jam sebelum pun tak ada terus nak datang 8.30am? tapi sama jugak.. tak muncul2..

Aku rasa sunggu aneh, so aku tanya semula brader installer yang aku dah kasi installer code tu, dia kata astro mmg mcm tu.. lain yang disuruh lain yang dibuat.. alahai..

so tensen punya pasal, aku pun call centre and terus terminate akaun – siap dengan no report semua. Operator tu bagitau, astro akan hantar last bill untuk settlement. Bila last bill sampai, itu adalah bukan last bill tapi normal bill sebab dia charge macam biasa.. lagi sekali call centre. Kali ni operator kata tunggu bulan depan pulak last bill, boleh ignore bill bulan ni. Huh.. penat tau!

3) Final exam – sekarang ni tengah musim final exam untuk student UM dan semua student-student yang exam sewaktu dengan-nya.. maka astro adalah tidak relevan dalam situasi begini.

4) BabyTV – Dah tiada babytv (sejak central satellite problem) dan finally dan terminate astro, but still nak kena ada sebab boleh membantu untuk meredakan aktiviti Khayla & Khadeeja tapi Baby First, Khayla kata – “i want to flower” sebab logo dia adalah bunga yer. Maka, dengan ini secara rasminya aku telah membeli package HyppTV yang RM30/sebulan tu – terpaksa der.. mula-mula aku ingatkan nak beli channel tu jer rm6/sebulan, tapi since dah astro tak der.. layan jer lah..

img_03
Khayla: “I want to flower”

Semenjak aku layan HyppTV ni, aku perasan sesuatu yang aku tak berapa suka kat line Unifi – aku mula perasan dalam minggu ni.. connection internet macam tak stabil.. asyik connection drop jer.. HyppTV pulak kadang-kadang freeze (lekat-lekat).. sungguh la pelik.. and pada Ahad lepas, download connection adalah tersangat lembat walaupun tak on HyppTV.

img_04
Download: 0.22Mb jer! (post kat IG)

Kes ni aku jer kena atau korang semua pun kena jugak ke? Tapi memang sungguh magic.. connection slow time tak bukak hypptv satu hal, lepas tu tak stabil pulak tu.. dalam 1-2jam rasanya ada lah 4-5 kali connection drop! Macam streamyx pulak dah ni.. tak kan nak kena terminate jugak kot!

5) Astro final bill – so aku akan tunggu lagi lah dalam bulan depan tengok macam mana pulak cerita astro ni akan berkesudahan.. jangan jadi macam kes bil streamyx aku yang dulu udah ler.. dah terminate tapi bill jalan sampai setahun!

Lastly, ooh.. Selamat tahun baru 2014! :D

This entry was posted in Unstructured and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Aku dah terminate Astro (finally!), tapi still bill full lagi.. so layan HyppTV, tapi Unifi jadi lembab? apakah!

  1. romzi says:

    aku sik sure, sbb hypeTV kah sik, sbb aku subscribe unifi sekali ngan HypeTV lok. Tapi, aku perasan, lately tok, dalam almost a month dah, internet speed memang slow gilak. Kekadang aku tukar, setting dalam router macam nok TM suggest. tapi, laju beberapa hari jak. Ariya ingat ada orang curi line, aku tukar juak password. Tapi cam sama jak. Tapi, dolok masa macbook aku ok, speed macam ok jak. Bila check speed rah ping ya, sama jak. Sik paham dah aku… layan jak lah.

    Owh, aku dah lamak sik pakei astrok. Almost a year, lepas aku switch ke skybox… memang illigal, tapi, berapa banyak jak sidak boleh detect, kenak gik, pakei central disc. memang susah lah mok detect. Actually skybox ya, boleh jadi player, kalau ada cerita dalam thumbdrive. so, boleh jadi alasan, bukan tanggar astrok, tapi tanggar cerita dalam thumbdrive…

    • junaidix says:

      ooh.. kau pun sama juak kah slow? mcm network telekom ya dah makin congested kali..

      skybox kenak ada byr bulanan juak nak? lagi pun malas lah nak carik2 skybox ya semua.. ambik jak lah..

Leave a Reply