Video: Kenapa terlampau slow?

Well, ahems.. secara teknikal.. aku nak download video stream tu masuk hard disk aku. Ada beberapa software yang boleh digunakan. So aku decide nak guna Orbit Downloader.

Tapi plan aku tak menjadi sangat sebab video program BLOG tersebut terlampau slow, maka software Orbit tu tak boleh nak capture file Flash Video yang digunakan.

Then bila aku terus perhatikan, aku dapati bahawa provider video a.k.a tempat hosting video tu guna protokol RMTP di port 443. Meaning dia guna SSL protokol. Berdasarkan pengalaman aku, kalau dah guna port 443 tu maksudnya setiap paket data dari fail Flash Video tu di encrypt macam yang digunakan oleh internet banking.

So aku buat kesimpulan, oleh sebab transmisi tersebut adalah secure, maka proses encrypt di server, dan decrypt di pc kita menyebabkan streaming video tu sangat lambat. Jika streaming tu tak secure, aku percaya video program BLOG tu akan lebih lancar macam di YouTube.

Ok, dalam bahasa mudah, disebabkan fobia dengan keselamatan internet, maka video tu di secure untuk keselamatan tapi telah menyebabkan penonton merana untuk tunggu selama 2-3 jam untuk menonton program 17minit tersebut. hehe.

P/s: saper la nak hijack video tu eh? orang nak download masuk pc jer.

This entry was posted in Others. Bookmark the permalink.

Leave a Reply